Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan laman sosial untuk pasarkan produk usahawan

Sebagai medium pemasaran produk usahawan belia

- Oleh YAP SIONG HAN

PUTATAN: Usahawan belia perlu manfaatkan sepenuhnya laman sosial seperti Facebook dan Instagram sebagai medium memasarkan produk mereka, khususnya menerusi perniagaan atas trak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, perniagaan atas trak adalah gaya hidup masa kini yang menjadi pilihan komuniti setempat dalam memilih kelainan suasana menikmati hidangan.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua usahawan muda dan belia di Sabah supaya sentiasa kreatif memenuhi citarasa masyarakat semasa mengikut peredaran masa.

“Sumbangan usahawan juga dapat dilihat dari sudut makro yang mana ia sangat penting kepada pembanguna­n ekonomi masyarakat dan negara selain mampu menyediaka­n peluang pekerjaan,” katanya ketika merasmikan penutupan Karnival ‘Business on Truck’ di sini pada Ahad.

Beliau berkata, pelbagai syarikat telah ditubuhkan berasaskan industri kecil dan

YAHYA (kiri) menyempurn­akan gimik perasmian majlis itu.

sederhana yang mana, berjaya mengurangk­an masalah penganggur­an dalam kalangan belia.

“Bagaimanap­un, modal insan yang proaktif akan sentiasa mencari jalan penyelesai­an dan bukan hanya menunggu pasaran kerjaya terbuka.

“Usahawan muda juga berpeluang mencapai potensi sebenar diri apabila berhadapan pelbagai cabaran dalam perniagaan yang diusahakan,” katanya.

Menurutnya, sememangny­a perniagaan mempunyai risikonya tersendiri namun, kerajaan menerusi agensagens­i tertentu sentiasa membuka pintu untuk memberikan bantuan kepada para usahawan yang ingin maju dengan memberikan latihan.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berharap menerusi program seumpamany­a, usahawan mampu mengembang­kan lagi rangkaian perniagaan dan kemahiran mereka.

“Ini akan membantu perniagaan yang diusahakan agar sentiasa terkini dan berkembang baik melalui rangkaian-rangkaian komuniti yang sihat,” katanya.

“Sumbangan usahawan juga dapat dilihat dari sudut makro yang mana ia sangat penting kepada pembanguna­n ekonomi masyarakat dan negara selain mampu menyediaka­n ” peluang pekerjaan. DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? YAHYA (tiga kanan) menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada pengusaha perniagaan atas trak.
YAHYA (tiga kanan) menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada pengusaha perniagaan atas trak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia