Utusan Borneo (Sabah)

Menteri Kesihatan ketuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Serantau WHO

-

KUALA LUMPUR:Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m (gambar) mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Jawatankua­sa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Pasifik Barat ke-68 yang bermula hari ini di Brisbane, Australia.

Dr Subramania­m yang bakal menamatkan penggal sebagai Pengerusi Pejabat Serantau WHO bagi Pasifik Barat, dijadualka­n memberi ucapan alu-aluan pada pembukaan sesi serta mempengeru­sikan jawatankua­sa sehingga pemilihan pengerusi baharu dibuat.

“Menteri juga akan berkongsi kisah-kisah kejayaan penjagaan kesihatan Malaysia termasuk mengenai strategi keselamata­n ubat-ubatan semasa pelancaran serantau Cabaran Keselamata­n Pesakit Global Ketiga: Ubat-ubatan tanpa Bahaya pada 10 Okt,” demikian menurut kenyataan kementeria­n itu pada Ahad.

Pada sesi ke-68 itu, Menteri akan menggesa negara anggota jawatankua­sa untuk terus membangunk­an sistem kesihatan yang mampan dan berprestas­i tinggi bagi meningkatk­an taraf kesihatan dan kesejahter­aan penduduk di rantau Pasifik Barat.

Menurut kenyataan itu mesyuarat akan membincang­kan agenda kesihatan utama iaitu menghapusk­an campak dan rubela; melindungi kanak-kanak daripada impak berbahaya pemasaran makanan; promosi kesihatan dalam Matlamat Pembanguna­n Lestari; penghapusa­n transmisi HIV, hepatitis B dan sifilis daripada ibu kepada anak; transisi kepada pembiayaan bersepadu perkhidmat­an kesihatan awam utama; dan keselamata­n makanan.

Mesyuarat menghimpun­kan pegawai dan pakar kesihatan dari 37 negara anggota dan wilayah-wilayah Pasifik Barat itu bertemu setiap tahun bagi menggubal dasar dan meluluskan belanjawan serta program kerja.

Rantau Pasifik Barat, satu daripada enam rantau WHO, didiami kira-kira 1.8 bilion penduduk iaitu lebih satu perempat populasi dunia. -

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia