Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan KreaNova perlu disertai JFPIU

-

Bulan Kreatif dan Inovatif (KreaNova) perlu diwajibkan kepada penyertaan daripada semua jabatan, fakulti, pusat, institut dan unit (JFPIU) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UMS Prof Dr Shahril Yusof berkata, penganjura­nnya itu sangat baik kerana ia mampu menyuburka­n budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga UMS.

“Justeru, setiap JFPIU seharusnya terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan bulan KreaNova ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Naib Canselor UMS Prof Dr D Kamarudin D Mudin merasmikan sambutan itu yang berlangsun­g sehingga 31 Oktober di universiti itu.

Shahril turut mencadangk­an agar setiap JFPIU juga tampil dengan kreativiti serta inovasi dalam memberi perkhidmat­an kepada pelanggan masingmasi­ng.

“Sebagai contoh, di Jabatan Bendahari mungkin boleh mewujudkan sistem pembayaran yuran dalam bentuk perisian yang boleh dimuat turun dari android untuk memudahkan para mahasiswa.

“Bahagian Perkhidmat­an Akademik juga mungkin boleh membuat QR Code bagi tujuan kuliah yang berkesan yang mana, apabila para pelajar membuat imbasan terhadap QR Code itu, segala nota kuliah secara automatik akan dimuat turun ke telefon pintar mereka,” katanya sambil merujuk kepada usaha transforma­si menuju Universiti Industri 4.0.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Bahagian Sumber Manusia Mohd Raffie Haji Janau mewakili Pendaftar UMS No’man Haji Ahmad.

Untuk rekod, sambutan Bulan KreaNova antara lain bertujuan meningkatk­an kesedaran, kefahaman serta membudayak­an amalan kreatif dan inovatif dari segi pemikiran dan tindakan dalam kalangan warga UMS, di samping menerapkan pengurusan inovatif di setiap jabatan di UMS.

Ia juga bagi memupuk amalan pengurusan inovatif di setiap JFPIU selaras dengan visi universiti iaitu ‘Menjadi Sebuah Universiti Berinovati­f Bertaraf Dunia’.

 ??  ?? WARGA UMS yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Shahril.
WARGA UMS yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Shahril.
 ??  ?? ANTARA kakitangan UMS yang hadir di majlis itu.
ANTARA kakitangan UMS yang hadir di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia