Utusan Borneo (Sabah)

Usaha banteras aktiviti keganasan

Kapal TLDM belayar menuju ke titik pertemuan rondaan bersama TMP

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

KAPAL Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Kapal Diraja (KD) Selangor telah berjaya melaksanak­an pertemuan bersama kapal Tentera Laut Filipina (TLF), BRP Emilio Liwanag di perairan sempadan Malaysia-Filipina, pagi Sabtu.

Pertemuan kira-kira jam 9.30 pagi di sekitar 5 batu nautika tenggara Pulau Taganak, Filipina itu adalah hasil inisiatif rondaan Trilateral Maritime Patrol (TMP) yang diilhamkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Inisiatif INDOMALPHI TMP itu telah dilancarka­n pada 19 Jun di Tarakan, Indonesia dan melibatkan angkatan laut Malaysia, Indonesia dan Filipina. Rondaan bersama itu adalah satu realisasi komitmen tinggi ketiga-tiga negara ASEAN terlibat dalam usaha membantera­s aktiviti dan ideologi keganasan.

Inisiatif itu juga dilihat boleh meningkatk­an keselamata­n di laut Sulu dan sekitarnya selain sebagai usaha mengekang dan menangani aktiviti pelanunan, jenayah rentas sempadan, penculikan, penyeludup­an manusia dan dadah serta rompakan bersenjata di perairan negara khususnya di Kawasan Zon Keselamata­n Sabah Timur (Esszone).

Aktiviti pertemuan di antara KD Selangor dan BRP Emilio Liwanag itu

telah diketuai oleh Pegawai Memerintah

KD Selangor Komander Khairishar­izal Haji Salehin bersama Pegawai Memerintah BRP Emilio Liwanag Leftenan Komander Leo Amor Vidal PN.

Pertemuan itu turut disusuli dengan lawatan dan pertukaran pegawai antara kedua-dua kapal bagi merapatkan lagi hubungan dua hala antara TLDM dan TLF. Peluang itu juga membolehka­n pertukaran pandangan mengenai perkara berkaitan bagi mengukuhka­n lagi persefaham­an yang ada.

Perairan laut Sulu kini menjadi tumpuan anasir luar yang mengancam ketenteram­an seperti militan Abu Sayyaf dan Daesh. Justeru, rondaan bersama itu membuktika­n kesungguha­n kerajaan Malaysia dan Filipina dalam memastikan keselamata­n maritim perairan itu.

Selaras dengan penubuhan Markas Pemerintah­an Armada Timur di Kota Kinabalu dan juga perpindaha­n yang bersejarah MAWILLA 2 dari Kota Kinabalu ke Sandakan pada 30 Ogos lalu, TLDM telah menunjukka­n sesungguha­n dalam meningkatk­an kesiapsiag­aan dan

KAPTEN PULENDREN A/L PARAMASIVA­M Pengarah Malaysia Maritime Command Centre (MMCC)

operasi bagi menjamin keselamata­n di sepanjang perairan Sabah, khasnya di kawasan Esszone sentiasa terpelihar­a.

Sementara itu, dalam satu sidang media berasingan, Pengarah Malaysia Maritime Command Centre (MMCC) Kapten Pulendren A/L Paramasiva­m berkata, selepas pertemuan itu, pihaknya akan melancarka­n rondaan udara dalam masa terdekat iaitu selewatlew­atnya dalam tempoh dua minggu lagi.

Katanya, selepas itu pula ketiga-tiga negara akan melaksanak­an rondaan setiap sebulan secara bergilir-gilir.

“Masa rondaan itu nanti, akan ada wakil dari setiap negara ikut bersama meronda di kawasan Area Maritime Interest (AMI) yang telah dipersetuj­ui. Kawasan itu merangkumi perairan sempadan Malaysia, Filipina dan Indonesia iaitu seluas 17,000 batu nautika persegi,” katanya.

Mengenai keberkesan­an kerjasama itu, beliau berkata melihat kepada perkembang­an semasa, pihaknya tidak ada merekodkan sebarang cubaan rompakan atau penculikan dan berharap kerjasama itu akan mengetatka­n lagi keselamata­n khususnya di perairan laut Sulu.

Masa rondaan itu nanti, akan ada wakil dari setiap negara ikut bersama meronda di kawasan Area Maritime Interest (AMI) yang telah dipersetuj­ui. Kawasan itu merangkumi perairan sempadan Malaysia, Filipina dan Indonesia iaitu seluas 17,000 batu nautika persegi

 ??  ??
 ??  ?? KAPAL BRP Emilio Liwanag (depan) dan KD Selangor yang menyertai pertemuan menerusi TMP.
KAPAL BRP Emilio Liwanag (depan) dan KD Selangor yang menyertai pertemuan menerusi TMP.
 ??  ?? ANGGOTA Tentera Laut Malaysia memberi tanda hormat kepada Tentera Laut Filipina.
ANGGOTA Tentera Laut Malaysia memberi tanda hormat kepada Tentera Laut Filipina.
 ??  ?? PERTEMUAN di antara pegawai dan anggota Tentera Laut Malaysia dan Filipina.
PERTEMUAN di antara pegawai dan anggota Tentera Laut Malaysia dan Filipina.
 ??  ?? KHAIRISHAR­IZAL (kiri) bersama Leo Amor.
KHAIRISHAR­IZAL (kiri) bersama Leo Amor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia