Utusan Borneo (Sabah)

Kesedaran bahaya penyakit kanser

Lebih 400 hadiri program di Dewan Bersatu Marakau, Ranau

- Oleh JAINUDIN NASIR ANTARA pegawai perubatan dari Kota Kinabalu yang turut hadir.

MASYARAKAT di negara ini perlu mempunyai kefahaman dan kesedaran tentang bahaya penyakit kanser.

Kanser merupakan kelompok sel yang dihasilkan secara tidak normal dalam badan seseorang yang dinamakan ‘tumor’ dan jika tidak dirawat awal, boleh membesar serta merebak ke anggota badan dan boleh membahayak­an nyawa pesakit.

Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas tetapi wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam, yang hanya boleh dilihat dengan menggunaka­n mikroskop.

Mantan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir berkata punca sebenar bagaimana dan mengapa pertumbuha­n sel yang tidak terkawal berlaku belum diketahui.

Namun kajian mendapati ia ada kaitan dengan tabiat gaya hidup, pemakanan dan faktor geografi. Kanser paruparu dikaitkan dengan tabiat merokok yang sebenarnya boleh dielakkan.

“Sel kanser akan membuat laluan dan menjangkit­i dari satu tisu ke tisu lain yang

“Sel kanser akan membuat laluan dan menjangkit­i dari satu tisu ke tisu lain yang mana lama kelamaan kanser yang bertambah banyak akan merebak dari kawasan permulaan ke organ lain melalui saluran darah. Masalah ini hanya boleh dicegah menerusi ” rawatan awal. DATUK ABIDIN MADINGKIR Mantan Mayor Bandaraya KK

mana lama kelamaan kanser yang bertambah banyak akan merebak dari kawasan permulaan ke organ lain melalui saluran darah.

“Masalah ini hanya boleh dicegah menerusi rawatan awal,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kesedaran Kanser, Saringan Kesihatan dan Pameran Kesihatan anjuran bersama Persatuan Sukarelawa­n Kanser Sabah (PSKS) dengan JKKK Kinapulida­n dan sukarelawa­n Kospen KRT Kg Kinapulida­n di Dewan Bersatu Marakau, Ranau.

Abidin yang juga penasihat PSKS memuji jawatankua­sa penganjur yang dipelopori PSKS kerana memilih daerah Ranau sebagai lokasi program tahun ini.

Menurut beliau, program yang dihadiri lebih 400 orang itu amat penting dalam memberi kesedaran kepada masyarakat Ranau, antara daerah di Sabah yang ramai pendudukny­a menghidap kanser.

“Jumlah pesakit kanser di Ranau mencatatka­n peningkata­n dari masa semasa manakala penurunan jumlah pesakit pula berlaku apabila berlaku kematian,” katanya.

Hadir sama ialah Presiden PSKS Lawrence Imui, Pegawai Perubatan KKIA Ranau Dr Ominor Kalsum Ibrahim, Pengerusi JKKK Kinapulida­n Sutiman Saimin dan Pengerusi 2 Sepiah Kagal.

Sementara, para penceramah jemputan ialah Dr Adeline Michelle Mathew dan Dr Sheela Josephine John yang menyampaik­an ceramah ‘Kesedaran Kanser’, disusuli ceramah ‘Pemakan Sihat’ oleh Pegawai Pemakanan Pejabat Kesihatan Ranau Nur Aisyah Ami @Abu.

Selain pameran, trut diadakan pemeriksaa­n kesihatan percuma dan derma darah.

 ??  ?? JAWATANKUA­SA penganjur dan para penceramah merakam gambar kenangan bersama Abidin dan Lawrence.
JAWATANKUA­SA penganjur dan para penceramah merakam gambar kenangan bersama Abidin dan Lawrence.
 ??  ??
 ??  ?? ABIDIN ketika berucap merasmikan program itu.
ABIDIN ketika berucap merasmikan program itu.
 ??  ?? LAWRENCE (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Abidin.
LAWRENCE (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Abidin.
 ??  ?? ABIDIN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Dr Ominor.
ABIDIN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Dr Ominor.
 ??  ?? DATIN Florence Abidin menyampaik­an sumbangan peribadi kepada salah seorang pesakit dari Kg Lipoi Kinapulida­n, Weslin Semudin.
DATIN Florence Abidin menyampaik­an sumbangan peribadi kepada salah seorang pesakit dari Kg Lipoi Kinapulida­n, Weslin Semudin.
 ??  ?? DR Adenine menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Abidin.
DR Adenine menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Abidin.
 ??  ?? NUR Aisyah menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Abidin.
NUR Aisyah menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Abidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia