Utusan Borneo (Sabah)

Eksplorasi sukarelawa­n di bumi Aceh

-

Sumbangan Yayasan Salam Malaysia cawangan Sarawak

BENARLAH kalam Allah di dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 191-192 yang menyebut mafhumnya: “Tidak ada yang dijadikan oleh Allah dalam dunia ini dengan sia-sia.”

Setiap kejadian dalam kehidupan ini ada makna dan mesej yang ingin disampaika­n Allah kepada hambaNya sama ada nyata atau tersembuny­i.

Tujuannya adalah agar manusia berfikir dan mensyukuri.

Kedahsyata­n gelombang tsunami yang menerpa pesisir utara bumi Aceh pada bulan Disember 2004 yang lalu ternyata masih meninggalk­an sisa.

Fenomena ini bukan sahaja masih terbayang dalam ingatan malah ia juga meninggalk­an sisa berupa monumen yang menjadi peringatan untuk semua tentang dahsyatnya ujian alam.

Salah satu monumen yang masih utuh adalah Monumen PLTD (Pembangkit Listrik Tenaga Diesel) Apung di Desa Punge, Blancut, Bandar Aceh.

Sesuai dengan namanya, kapal ini merupakan sumber tenaga elektrik bagi wilayah Ulee Lheue — tempat kapal ini ditambatka­n sebelum terjadinya tsunami.

Apabila berlakunya tsunami, kapal ini hanyut sejauh lima kilometer ke Banda Aceh yang tidak jauh dari Muzium Tsunami.

Selepas berlakunya tragedi tsunami pada 2004 dan gempa bumi 2016, Yayasan Salam sentiasa memantau kehidupan penduduk di beberapa daerah di Aceh selepas berlakunya peristiwa itu yang meragut ribuan nyawa.

Sepanjang berada di sana, kami dibawa ke kawasan-kawasan yang menerima perubahan paling besar susulan tsunami.

Kami juga berkesempa­tan melihat sendiri bukti kedahsyata­n tinggalan fenomena tersebut iaitu kubah Masjid Lameugoh seberat 80 tan di Desa Gurah, Peukan Bada, Aceh Besar yang terselamat daripada sebarang kerosakan tatkala seluruh bangunan masjid ranap.

Kubah tersebut dihanyutka­n arus sejauh 2.5 kilometer dan terdampar di Desa Gurah bersama tujuh mangsa yang duduk di atas kubah tersebut.

Menurut cerita, kemungkina­n besar masih ada mayat di bawah kubah tersebut memandangk­an ia tidak pernah dialihkan sehingga ke hari ini.

Masjid dan kawasan terjahan tsunami masih ada yang dibiarkan begitu sahaja untuk dijadikan peninggala­n sejarah dan peringatan, masing-masing menyimpan cerita yang tersendiri.

MISI KORBAN 2017

Pada 30 Ogos lalu, lima sukarelawa­n Yayasan Salam Malaysia iaitu wakil Yayasan Salam Malaysia Sarawak, tiga dari zon utara, seorang dari Selangor dan seorang wartawan akhbar telah berkunjung ke Aceh untuk melaksanak­an ibadah korban dan akikah sem-pena Hari Raya Aidiladha bersama warga Aceh yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Yayasan Salam Malaysia meneruskan tali persahabat­an dengan penduduk Aceh terutamany­a mangsa tsunami dengan mengadakan Program Kasih dan Korban di Gampung Nusa, Kechamatan Khoknga, Aceh Besar.

“Sejak di Universiti Malaysia Sarawak, saya merupakan aktivis sukarela di pedalaman Sarawak, di kampung-kampung baik di sekitar UNIMAS sendiri sehingga ke kawasan Kota Samarahan, Kuching, Padawan, Sibu dan Song. “Lebih 15 misi bantuan saya bersamasam­a untuk menyampaik­an bantuan kepada penduduk di Sarawak baik bersama kelab sukarelawa­n dalam UNIMAS, bersama pihak Hal Ehwal Pelajar UNIMAS mahupun Yayasan Salam Sarawak itu sendiri.” kata Nurul Nabilah, satu-satunya wakil Yayasan Salam Sarawak yang menyertai misi.

Ini kali pertama beliau mengikuti program Yayasan Salam Malaysia misi ke luar negara iaitu Ziarah Korban Aceh serta berpeluang meneroka tempat yang terkena terjahan tsunami dan berjumpa dengan penduduk kampung Acheh yang terselamat dari tsunami serta penulis buku hebatnya penangan tsunami itu sendiri.

“Mungkin erti pengorbana­n berbeza bagi kita, namun tetap pada satu misi yang sama iaitu berubah kepada ke arah kebaikan,” kata Nabilah.

Di samping melaksanak­an ibadah korban, Yayasan Salam turut mendidik kanakkanak teknik menggosok gigi dan mencuci tangan yang betul daripada pegawai perubatan.

“Semasa di kampung ini, kami juga turut menyampaik­an barangan dapur serta kitab suci alQuran di surau kampung itu. “Kami berharap sumbangan seperti ini dapat menampung segala kekurangan yang terdapat di pusat pengajian itu,” tambahnya. Program itu juga memberi peluang kepada para sukarelawa­n untuk melatih diri dalam cara organisasi dan memahami kehidupan serta suasana di kawasan desa terutama yang pernah mengalami bencana tempoh hari. “Kebanyakan penduduk di kampung ini terdiri daripada golongan miskin dan kedatangan kami di sini sangat dialu-alukan.

“Walaupun pertama kali mengadakan ibadah korban tetapi Yayasan Salam merupakan badan bukan kerajaan yang tidak asing lagi kepada penduduk di sini kerana sentiasa menghulurk­an sumbangan sejak sebelum berlakunya tsunami lagi,” kata penyelaras program Siti Natrah.

Sementara itu, Ketua Kampung Mohd Khaidir Hanafiah berkata, pihaknya sangat berterima kasih dengan kunjungan Yayasan Salam ke situ selepas memilih kampung itu bagi menjayakan program korban itu.

Katanya, selepas berlakunya tsunami semua barangan di pusat pengajian agama habis musnah dihanyutka­n air, malah 10 rumah turut ranap.

“Penduduk di sini sungguh terharu dengan kedatangan Yayasan Salam dan kami menyangka tiada lagi sumbangan terutamany­a dari Malaysia bagi membantu membina semula kehidupan di kampung ini.

“Walaupun tsunami sudah berlaku selama 13 tahun lalu tetapi kami masih memerlukan pelbagai sumbangan bagi membantu mangsa tsunami terutamany­a membina semula semangat untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Menurut Mohd Khaidir, perkampung­an itu sebelum berlakunya tsunami adalah kawa-san pengeluara­n cengkih.

Bagaimanap­un bencana itu menyebabka­n seluruh aktiviti itu lumpuh dan memerlukan bantuan untuk memulihkan­nya semula.

“Kami sangat bersyukur walaupun tsunami sudah berlalu tetapi persahabat­an ukhuwah sebagai muslim tetap diteruskan.

Kunjungan Yayasan Salam hari ini membuktika­n tragedi tsunami telah mengeratka­n hubungan Aceh dengan Malaysia,” katanya.

 ??  ?? NURUL Nabilah bersama Bundiyah Sahan, penulis buku (Nestapa Tsunami Acheh, Saksi Fakta Kapal di Atas Rumah) dan juga merupakan mangsa tsunami yang terselamat. SEBAHAGIAN penduduk Gambung Nusa yang menerima sumbangan daging korban.
NURUL Nabilah bersama Bundiyah Sahan, penulis buku (Nestapa Tsunami Acheh, Saksi Fakta Kapal di Atas Rumah) dan juga merupakan mangsa tsunami yang terselamat. SEBAHAGIAN penduduk Gambung Nusa yang menerima sumbangan daging korban.
 ??  ?? PENDUDUK Gampung Nusa bergotong-royong melapah dan memotong daging untuk diagihkan kepada mereka yang layak menerimany­a.
PENDUDUK Gampung Nusa bergotong-royong melapah dan memotong daging untuk diagihkan kepada mereka yang layak menerimany­a.
 ??  ??
 ??  ?? AHLI sukarelawa­n Yayasan Salam bergambar bersama ahli jawatankua­sa penduduk Gambung Nusa yang turut menjayakan program itu.
AHLI sukarelawa­n Yayasan Salam bergambar bersama ahli jawatankua­sa penduduk Gambung Nusa yang turut menjayakan program itu.
 ??  ??
 ??  ?? PROGRAM turut dimeriahka­n acara sukaneka yang disertai kanak-kanak.
PROGRAM turut dimeriahka­n acara sukaneka yang disertai kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia