Utusan Borneo (Sabah)

Pengalaman menaiki Kapal Polaris buat penjawat awam Labuan teruja

-

APABILA menyebut tentang persekitar­an dalam kapal, tergambar di fikiran suasana itu kotor, berbau dan lain-lain lagi.

“Namun pandangan itu jauh berbeza setelah berkesempa­tan menaiki Kapal MV Polaris milik Jabatan Laut Malaysia yang mana saya begitu teruja melihat persekitar­an kapal yang begitu bersih dan lengkap dengan fasiliti moden serta kemudahan yang secukupnya,” kata Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan Labuan Yusuf Andan, 50.

Beliau berasa bertuah kerana diberi peluang bersama penjawat awam Labuan yang lain meninjau operasi dan kemudahan yang terdapat di dalam kapal berkenaan, yang merupakan antara aset terpenting bagi Jabatan Laut Malaysia.

Bagi warga Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Labuan Mohd Hanip Juarip, 28, pengalaman menaiki Kapal MV Polaris merupakan saat yang begitu bermakna baginya, kerana itulah kali pertama beliau dapat menjejakan kaki ke atas kapal yang besar serta mempunyai kemudahan asas seperti gimnasium mini, bilik mesyuarat, dapur serta lain-lain kemudahan yang mengkagumk­annya.

Ketika ditemui dalam sesi lawatan oleh warga penjawat awam Labuan ke kapal itu petang Jumaat, beliau berkata pengalaman melihat sendiri kapal itu beroperasi merupakan pengalaman terbaru dan memberikan sedikit sebanyak ilmu pengetahua­n tentang dunia pelayaran.

Menurut Penguasa Kapal MV Polaris Mohamad Zainuri Mohamad, fungsi kapal itu adalah memasang, menyelangg­ara dan memantau boya-boya yang dipasang di perairan negara di samping membantu tugasan kecemasan sekiranya tumpahan minyak berlaku di laut serta menguatkua­sa undangunda­ng khususnya bagi botbot berdaftar serta kapal nelayan yang berdaftar.

Jelasnya, kapal itu juga sentiasa bersiap sedia membantu keskes kecemasan seperti perlanggar­an kapal di laut serta operasi menyelamat mangsa yang hilang di laut.

“Sesungguhn­ya, kapal ini mempunyai kemudahan navigasi yang moden serta diperlengk­apkan dengan kemudahan asas yang cukup untuk menampung keperluan kesemua 23 krew Kapal MV Polaris,” katanya.

Pada sesi lawatan itu, para peserta merasai pengalaman belayar bersama Kapal MV Polaris selama satu jam.

 ??  ?? YUSUF
YUSUF
 ??  ?? MOHD HANIP
MOHD HANIP
 ??  ?? PARA peserta merakamkam gambar kenangan bersama Kapal MV Polaris.
PARA peserta merakamkam gambar kenangan bersama Kapal MV Polaris.
 ??  ?? KAPAL MV Polaris dilengkapi alatan navigasi yang moden.
KAPAL MV Polaris dilengkapi alatan navigasi yang moden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia