Utusan Borneo (Sabah)

Idlib medan pertempura­n Turki, HTS

Ankara lancar kempen hapus pemberonta­k bekas sekutu Al-Qaeda di Syria

-

BEIRUT: Pasukan tentera Turki berbalas serangan semalam dengan pemberonta­k daripada bekas sekutu Al-Qaeda di Syria di sempadan wilayah Idlib, menurut sebuah badan pemantau dan para saksi, sehari selepas Ankara mengumumka­n operasi ketenteraa­n di sana.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan kelmarin mengumukan pemberonta­k pro-Ankara akan mengetuai kempen ketenteraa­n untuk melumpuhka­n pakatan pemberonta­k Hayat Tahrir al-Sham (HTS) di wilayah barat laut Syria itu.

Pagi semalam, pemberonta­k HTS melepaskan tembakan ke arah tentera Turki yang sedang mengalihka­n sebahagian tembok tiga meter di sepanjang sempadan Turki dan Syria dekat Idlib, menurut saksi dan badan pemantau Syrian Observator­y for Human Rights.

“Sekumpulan pemberonta­k HTS melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang sedang mengalihka­n sebahagian tembok, lantas dibalas tentera Turki dengan tembakan dan bedilan mortar,” menurut saksi di sempadan.

Observator­y melaporkan pertempura­n hebat tetapi insiden itu tidak memulakan operasi yang digambarka­n Erdogan kelmarin.

Bedilan tentera Turki mengenai kawasan berham-piran kem untuk pelarian awam dekat sempadan, memaksa sebilangan daripada mereka untuk melarikan diri, katanya.

Para pemberonta­k HTS juga membedil satu kedudukan tentera Turki dekat lintasan sempadan Bab alHawa.

Stesen televisyen swasta Turki NTV melaporkan pertempura­n bersenjata di kawasan sempadan, memetik sumber ketenteraa­n.

Dalam laman sesawangny­a, ia menyatakan tentera Turki telah melepaskan tembakan artileri untuk menyokong pemberonta­k bersekutu Syria.

Kempen terhadap HTS telah menjadi subjek spekulasi sejak beberapa minggu lalu dan dikaitkan dengan pelan untuk melaksanak­an ‘zon selamat di wilayah Idlib dan kawasan sekitarnya.

Turki yang menyokong pemberonta­k, bersama rejim Syria yang disokong Rusia dan Iran, awal tahun ini mempersetu­jui perjanjian untuk melaksanak­an zon gencatan senjata sedemikian di negara tersebut sebagai permulaan kepada rundingan perjanjian damai.

Zon yang meliputi Idlib adalah yang terakhir dilaksanak­an, namun terhalang oleh tentangan sengit HTS yang didominasi bekas sekutu Al-Qaeda di Syria.

Kumpulan itu mengawal hampir keseluruha­n wilayah Idlib setelah menyingkir­kan kumpulan pemberonta­k termasuk bekas sekutu dalam satu kempen serangan awal tahun ini.

Ia kelmarin memberi amaran ‘pakatan yang membelot untuk berperang bersama penjajah Rusia hanya boleh memasuki kawasan tersebut sekiranya mereka ingin ibu mereka berkabung, anakanak mereka menjadi yatim piatu dan isteri mereka menjadi balu’.

Lebih 330,000 maut di Syria sejak konflik tercetus susulan protes antikeraja­an pada Mac 2011. —

 ??  ??
 ??  ?? pemberonta­k pro-Ankara menaiki trak pikap ketika melalui kampung Hawar Killis di sepanjang sempadan Syria-Turki di wilayah utara Aleppo pada Jumaat lalu dalam kemaraan ke Idlib. — Gambar AFP
pemberonta­k pro-Ankara menaiki trak pikap ketika melalui kampung Hawar Killis di sepanjang sempadan Syria-Turki di wilayah utara Aleppo pada Jumaat lalu dalam kemaraan ke Idlib. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia