Utusan Borneo (Sabah)

15 KRT terima anugerah

Sempena Minggu Perpaduan dan Karnival KRT peringkat negeri

- Oleh JOHAN AZIZ

“Program itu mendapat sambutan yang amat menggalakk­an daripada rakyat pelbagai kaum dan agama termasuk pemimpin dan ahli KRT yang datang dari pelusuk negeri ini.

SEBANYAK 15 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari zon Pedalaman Atas menerima Anugerah KRT Cemerlang pada sambutan Minggu Perpaduan dan Karnival Rukun Tetangga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) peringkat negeri Sabah yang diadakan di padang Pekan Sook, Keningau pada Sabtu.

Para penerima anugerah adalah terdiri KRT dari Sook, Nabawan, Keningau, Tenom dan Tambunan.

Bagi Daerah Kecil Sook, KRT Kampung Rancangan Belia Tiulon Blok A menduduki tempat pertama diikuti KRT Kampung Mansiat di tempat kedua dan ketiga KRT Kampung Binuwou Tengah.

KRT Kampung Pandiwan B muncul johan bagi Daerah Nabawan diikuti oleh KRT Murni B tempat kedua dan KRT Sumatuoh ketiga.

KRT Kampung Kauran muncul johan bagi Daerah Keningau sementara naib johan dan ketiga masingmasi­ng dimenangi oleh KRT Berungis dan KRT Panagatan Ulu.

Bagi Daerah Tenom, KRT Kampung Paguakon Ulu di tempat pertama diikuti tempat kedua oleh KRT Kampung Makakumpai dan ketiga KRT Kampung Lagud.

KRT Kampung Minodung muncul johan bagi Daerah Tambunan sementara tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh KRT Kampung Narayat dan KRT Kampung Rugading Tanaki.

Program itu mendapat sambutan yang amat menggalakk­an daripada rakyat pelbagai kaum dan agama termasuk pemimpin dan ahli KRT yang datang dari pelusuk negeri ini.

Kira-kira 5,000 orang menghadiri majlis itu yang telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Majlis itu turut dimeriahka­n lagi dengan acara berbentuk kebudayaan, hiburan, sukan dan pameran produk makanan oleh KRT dari seluruh Sabah.

Selain itu, pelbagai pertanding­an juga turut diadakan antaranya pertanding­an Ratu Ibu Anggun, Hidangan Masakan Tradisiona­l, Gubahan Bunga Kreatif, pertanding­an Padu Suara, Anyaman Ketupat, Tarik Tali dan penyampaia­n Anugerah KRT Cemerlang bagi Zon Pedalaman Atas.

Suziana Majulin dari KRT Kampung Kebulu Sook telah memenangi pertanding­an Ratu Ibu Anggun diikuti oleh Palida Malisun dari KRT Lajong Matunggong di tempat kedua sementara Siti Katijah Jaipin dari KRT Lingkudau Keningau di tempat ketiga.

Johan Hidangan Masakan Tradisiona­l dogondol oleh Martinah Garut dari KRT Kebulu Sook, naib johan dan ketiga masingmasi­ng dimenangi oleh Subiah Paulus dari KRT Rancangan Belia Tiulon Blok A Sook dan Aminih dari KRT Debut Ranau.

Hajah Faizah Hatikah Haji Rahmatulla­h muncul johan pertanding­an Gubaan Bunga Kreatif, tempat kedua Nasmah Jahamin dan ketiga Nerri Paulus.

Pertanding­an Suara Padu dimenangi oleh Nazmi Gitol dari KRT Mapua Sook, Nur Syazira Juanis dari KRT Baru Jumpa Tebobon di tempat kedua dan Suziana Majilin dari KRT Kebulu Sook ketiga.

KRT Matunggong muncul johan dalam pertanding­an Anyaman Ketupat diikuti oleh KRT Banjar Keningau di tempat kedua dan ketiga KRT Putatan.

Dalam pertanding­an tarik tali, pasukan Bangkuran menduduki tempat pertama sementara tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh 5 Took B dan 5 Took A. Pasukan Rukut-Rukut pula menduduki tempat keempat.

Pertanding­an Gerai Paling Kreatif dimenangi oleh KRT Sook, tempat kedua KRT Kunak dan ketiga KRT Ranau.

Hadiah berupa wang, hamper, sijil dan piala serta Anugerah KRT Cemerlang masing-masing disampaika­n oleh Kurup dan Ketua Pengarah JPNIN Malaysia Baharin Idris.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Ketua Pengarah JPNIN Aldrina @Mimi OP Andu, Pengarah JPNIN Sabah Delin Liet Blaun, Penolong Pegawai Daerah Sook Virus Malitam, Pengerusi Jawatankua­sa Mempromosi­kan Persefaham­an Keharmonia­n Antara Penganut Agama (JKMPKA) Dato Azman Amin Hassin, dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup.

 ??  ?? (Gambar kiri)
KURUP bersama Baharin, Adrina, Delin dan wakil Ketua Polis Daerah ASP Ronaidi Jaafar bergambar dengan mempelai ketika melawat gerai KRT Tuaran.
(Gambar kiri) KURUP bersama Baharin, Adrina, Delin dan wakil Ketua Polis Daerah ASP Ronaidi Jaafar bergambar dengan mempelai ketika melawat gerai KRT Tuaran.
 ??  ?? (Gambar atas) KURUP bersalaman dengan delegasi JKMPKA sejurus ketibaanny­a di majlis itu.
(Gambar atas) KURUP bersalaman dengan delegasi JKMPKA sejurus ketibaanny­a di majlis itu.
 ??  ??
 ??  ?? BAHARIN (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Kurup. Turut kelihatan Delin (dua kanan) dan Virus (kanan).
BAHARIN (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Kurup. Turut kelihatan Delin (dua kanan) dan Virus (kanan).
 ??  ?? KURUP menyampaik­an Anugerah KRT Cemerlang kepada KRT Kampung Kauran Keningau yang diterima oleh Pengerusi Jamil Ismail.
KURUP menyampaik­an Anugerah KRT Cemerlang kepada KRT Kampung Kauran Keningau yang diterima oleh Pengerusi Jamil Ismail.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli KRT dari seluruh Sabah yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN ahli KRT dari seluruh Sabah yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia