Utusan Borneo (Sabah)

25 ketua agama lawat rumah ibadat

- Oleh DELLROY

25 ketua dan ahli penganut pelbagai agama di negara ini diberi peluang melawat Gereja St Joseph, Masjid Al-Rahman, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Keningau dan Tai Pa Kung Guang Ji Temple yang terletak di Kampung Minawo Laut, kira-kira 10 kilometer dari pekan Keningau.

Pengerusi Jawatankua­sa Mempromosi­kan Persefaham­an dan Keharmonia­n Antara Peganut Agama (JKMPKA) Dato Azman Amin Hassan berkata lawatan muhibah sempena program integrasi antara agama anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu amat bertepatan.

Ia mendedahka­n ketua-ketua keagamaan mengenai kepelbagai­an dan keunikan agama serta kebudayaan suku kaum di Sabah.

“Kesemua ahli rombongan merasa kagum dengan semangat kekitaan masyarakat di sini yang mana, walaupun berbeza agama dan budaya, masyarakat di sini saling memerlukan satu sama lain,” katanya.

Jelasnya, tiada timbul sebarang isu malah ada masyarakat bukan Islam membantu kerja di masjid begitu juga masyarakat Islam ada juga yang membantu dengan menyediaka­n makanan dan sebagainya kepada masyarakat bukan Islam.

“Suasana sebegini hanya ada di Sabah dan ia amat unik sekali kerana masyarakat di sini saling hormat menghormat­i agama dan budaya orang lain,” katanya ketika ditemui media selepas lawatan itu pada Sabtu.

Azman berkata, dalam lawatan itu ada sebahagian ketua agama yang pertama kali menjejakka­n kaki di gereja, masjid dan tokong.

Katanya, Sabah adalah negeri contoh terbaik di negara ini walaupun mempunyai pelbagai bangsa, budaya dan agama namun, rakyatnya dapat hidup bersatu padu tanpa sebarang halangan, yang perlu dicontohi oleh rakyat lain di negara ini.

Sementara itu, rata-rata ketua agama yang turut serta dalam lawatan itu amat teruja dapat menyertai program sedemikian.

Bagi wakil Persatuan Buddha Malaysia, Ven Sing Kan berkata untuk melawat sendiri rumah ibadah yang terlibat mungkin agar sukar kerana kos perbelanja­an yang tinggi.

Peluang yang diberikan kepada kami ini amat bermakna sekali kerana kita dapat melihat sendiri masyarakat di sini seterusnya dapat beramah mesra dengan mereka dan berkongsi pengalaman masing-masing.

“Diharapkan pada masa akan datang kerjasama sebegini dapat diteruskan ke arah memperkuku­hkan hubungan sillaturah­im rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini,” katanya.

Manakala, Presiden Malaysia Hindu Sangam Datuk RS Mohan Shan berpendapa­t di Sabah tiada isu perkauman timbul dan ia perlu dicontohi oleh semua lapisan masyarakat di Semenanjun­g.

“Selama lima hari kami berada di Negeri di Bawah Bayu ini, pelbagai perkara baharu kami pelajari yang boleh dikongsika­n kepada masyarakat lain di Semenanjun­g,” katanya.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup dan JPNIN Malaysia kerana menganjurk­an program itu.

Sementara itu, Kurup berkata program perpaduan seperti itu akan terus dilaksanak­an dari masa ke semasa bagi menyedarka­n rakyat pelbagai latar belakang betapa pentingnya perpaduan yang menjadi nadi utama agar sesebuah negara itu aman dan damai.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Ketua Pengarah JPNIN Malaysia Baharin Idris, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perancanga­n JPNIN Malaysia Aldrina Mimi OP Andu serta Pengarah JPNIN Sabah Delin Liet Blaun.

Pada lawatan itu juga, disampaika­n bantuan kewangan berjumlah RM2,000 kepada setiap badan pengurusan gereja, masjid dan tokong.

 ??  ?? KURUP menyampaik­an replika cek kepada pihak IPDAS Keningau.
KURUP menyampaik­an replika cek kepada pihak IPDAS Keningau.
 ??  ?? KURUP mengetuai lawatan ke Gereja St Jospeh Kg Minawo Laut.
KURUP mengetuai lawatan ke Gereja St Jospeh Kg Minawo Laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia