Utusan Borneo (Sabah)

Tangkapan suspek penagih dadah terbesar

Menerusi Ops Bersepadu AADK Tawau pada Ahad

- Oleh AMIR ANUAR

Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tawau

TAWAU: Ops Bersepadu AADK Tawau merekodkan kes tangkapan suspek penagih dadah terbesar di Sabah tahun ini susulan penahanan 62 suspek dari dua premis pusat hiburan berasingan di sini pada Ahad.

Jumlah itu melibatkan 56 lelaki dan enam wanita berusia 18 hingga 46 tahun selepas diuji positif dadah dalam ujian saringan awal air kencing, daripada 113 orang yang diperiksa.

Utusan Borneo turut menyertai operasi terbabit dari jam 12.30 tengah malam hingga 3.30 pagi di dua premis pusat hiburan sekitar Batu 3 Jalan Apas dan Batu 1 Jalan Kuhara.

Kesemua suspek terdiri daripada para pengunjung dan kakitangan dua premis hiburan yang diperiksa, menariknya ada juga yang mengaku tidak pernah mengambil dadah.

Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tawau Abd Ghani Keruput berkata

“Kita akan terus menggiatka­n operasi bersama penguatkua­sa lain untuk memastikan pengunjung pusat hiburan bersih daripada penyalahgu­naan dadah.

ABD GHANI KERUPUT

kesemua suspek ditahan kerana disyaki mengambil dadah jenis syabu, ketamin dan ganja.

“Kita terkejut kerana jumlah suspek disyaki positif dadah begitu tinggi, iaitu lebih 50 peratus daripada keseluruha­n yang menjalani ujian saringan awal air kencing.

“Kita akan hantar sampel air kencing suspek untuk diuji di makmal dan mungkin ada di antara mereka yang diuji positif akibat ‘campuran asing’ dalam minuman,” katanya.

Abd Ghani juga tidak menolak kemungkina­n sebilangan besar suspek mengambil bahan terlarang itu semasa berada di pusat hiburan berkenaan, namun siasatan masih dijalankan.

Menurutnya, risiko terdedah kepada pengambila­n bahan terlarang semasa berada di pusat hiburan amat tinggi kerana penggunaan dadah salah satu alternatif rangsangan berhibur.

“Kita akan terus menggiatka­n operasi bersama penguatkua­sa lain untuk memastikan pengunjung pusat hiburan bersih daripada penyalahgu­naan dadah,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kesemua suspek terlibat ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 kerana disyaki mengambil dadah.

Untuk rekod, operasi terbabit juga disertai Imigresen dan Kastam termasuk Pengerusi Jawatankua­sa Rawatan dan Pemulihan Dadah Tawau Brig Jen Tan Sri Liew Yun Fah.

Dalam operasi sama, dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan Imigresen, manakala Kastam merampas lebih 100 unit minuman keras pelbagai saiz dan jenama.

 ??  ?? LEBIH 100 unit minuman keras pelbagai saiz dan jenama dirampas oleh Kastam.
LEBIH 100 unit minuman keras pelbagai saiz dan jenama dirampas oleh Kastam.
 ??  ?? ABD Ghani memberikan penerangan ringkas kepada semua suspek yang ditahan kerana diuji positif dadah dalam ujian saringan awal air kencing.
ABD Ghani memberikan penerangan ringkas kepada semua suspek yang ditahan kerana diuji positif dadah dalam ujian saringan awal air kencing.
 ??  ?? PEGAWAI Imigresen bertugas memeriksa dokumen pengenalan diri pengunjung di sebuah pusat hiburan.
PEGAWAI Imigresen bertugas memeriksa dokumen pengenalan diri pengunjung di sebuah pusat hiburan.
 ??  ?? PEGAWAI Kastam memeriksa minuman keras yang terdapat di salah sebuah premis pusat hiburan.
PEGAWAI Kastam memeriksa minuman keras yang terdapat di salah sebuah premis pusat hiburan.
 ??  ?? LIEW turut turun padang menyertai Ops Bersepadu AADK Tawau yang diketuai Abd Ghani.
LIEW turut turun padang menyertai Ops Bersepadu AADK Tawau yang diketuai Abd Ghani.
 ??  ?? UJIAN saringan awal air kencing yang dikendalik­an oleh AADK Tawau.
UJIAN saringan awal air kencing yang dikendalik­an oleh AADK Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia