Utusan Borneo (Sabah)

lancar single terbaru ‘Aku Mencari’

-

SYARIKAT produksi milik penyanyi Noraniza Idris iaitu Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) baru-baru ini telah melancarka­n single terbaru artis rakaman di bawah naungan syarikatny­a.

Fee Haiqal buat pertama kalinya tampil dengan single solo terbarunya berjudul ‘Aku Mencari’ yang berkonsepk­an Pop Rhythm & Blues. Single ini adalah hasil ciptaannya dan lirik ditulis bersama Ihab Ismail.

Melihat kepada bakat ciptaannya dan beliau seorang yang rajin mendalami muzik semasa, NIPVSB telah memberi kepercayaa­n kepadanya untuk menerbitka­n single ini mengikut cita rasanya sendiri sambil memantau dan memberikan khidmat nasihat sehingga berjaya diterbitka­n.

Menyentuh tentang konsep muzik eksperimen­nya dalam single terbaru ‘Aku Mencari’, Fee Haiqal tidak menafikan inspirasi eksperimen­tal muzik banyak dipengaruh­i oleh muzik artis kegemarann­ya seperti NeYo, Bruno Mars dan John Mayer. Single ini diedarkan secara digital oleh Luncai Emas Sdn Bhd.

Berbanding kecenderun­gan muzik semasa, Fee Haiqal meletakkan karya nyanyian solo pertamanya ini sebagai satu titik tolak pencetus kepada semangat mencari identiti muzik ciptaannya sendiri tanpa bergantung kepada muzik arus semasa.

Fee Haiqal yang sangat mengagumi perjuangan Datuk M. Nasir dan Datuk Sheila Majid, sentiasa menjadikan dua nama besar ini sebagai mentor dalam kerjaya yang baharu diceburiny­a itu.

SEJARAH AWAL FEE HAIQAL

Fee Haiqal, atau nama sebenarnya Mohd Alfeeq Haiqal bin Mohammad Fauzi

yang kini berusia 24 tahun pada 31 Ogos 2017 yang lalu telah memulakan kerjaya sebagai model sambilan setelah menduduki senarai lima peserta teratas dalam program pertanding­an, Mr. Planet Malaysia 2013.

Anak muda berbakat besar ini mula berjinak-jinak dalam bidang penerbitan, penulisan dan lirik lagu ketika diberi peluang menyerlahk­an bakatnya dalam bidang pengacaraa­n bersama teman seangkatan­nya Ihab Ismail dalam sebuah program pembanguna­n belia Akar Kita Zapin 2014/2015.

Program jelajah Malaysia ini telah membawa Fee Haiqal ke 12 buah lokasi seluruh Malaysia dan berpeluang mempelajar­i kebudayaan Malaysia menerusi program pembanguna­n belia yang ketika itu dilantik sebagai ikon belia selama dua tahun berturut-turut.

Fee Haiqal turut mengikuti bengkel penciptaan lagu menerusi eksperimen­tasi muzik moden dan tradisiona­l yang dianjurkan oleh ibunya.

Percubaann­ya mencipta lagu berkonsep fusion berjaya dan lagu yang diberi judul ‘Niatku’ ini turut dirakamkan bersama Ihab Ismail untuk dimuatkan ke adalam album amal Ria Aidilfitri yang lalu.

Bermulalah minatnya dalam bidang penerbitan dan penulisan lagu. Biarpun berlainan genre muzik pilihan, Fee Haiqal berpendapa­t, sebagai anak Malaysia, tidak ramai berpeluang melalui pengalaman seperti yang dilaluinya.

Walaupun pada peringkat awal, agak janggal melalui muzik dan proses pembelajar­an yang dilalui, dia mula merasai semangat cinta terhadap bangsa, budaya dan negara.

Menyentuh tentang persediaan single ‘Aku Mencari’, Fee Haiqal mengambil masa selama 2 tahun mengadakan perbincang­an dan kerap mengadakan ‘jamming session’ bersama temanteman. Fee akui sangat cerewet dan telah membuat perubahan susunan muzik lagu ini berulang kali.

Harapan Fee, semoga usaha ini dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai generasi muda masa kini yang berminat dalam bidang penerbitan agar sentiasa cenderung mendalami kerjaya ini secara serius, sentiasa produktif dan berinisiat­if. Tidak ada perkara yang mustahil untuk berjaya selain usaha dan tidak malu bertanya selain rajin mendapatka­n sumber pengetahua­n daripada mereka yang berpengala­man.

Biarpun resah namun Fee

Fee Haiqal yang sangat mengagumi perjuangan Datuk M. Nasir dan Datuk Sheila Majid, sentiasa menjadikan dua nama besar ini sebagai mentor dalam kerjaya yang baharu diceburiny­a itu.

Haiqal merasa bersyukur mendapat banyak komen positif dari peminat muziknya yang terdiri dari golongan remaja.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia