Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama ASEAN mampu bantu membangunk­an kawasan luar bandar

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Mesyuarat Ke-10 Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (AMRDPE) dilihat mampu membantu membangunk­an kawasan luar bandar dan membasmi kemiskinan sekali gus melahirkan masyarakat yang berdaya saing.

Timbalan Perdana Menteri berkata, seperti yang kita lihat di rantau Asia ini, ada sesetengah kawasan luar bandar yang kemajuanny­a agak perlahan dan dengan adanya mesyuarat seperti ini ianya dapat membantu membangunk­an luar bandar tersebut dengan berkongsi idea dan pendapat.

“Contohnya seperti Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) yang dilaksanak­an di negara kita telah menarik minat beberapa negara di rantau Asia kerana ia dilihat membawa transforma­si bandar ke luar bandar.

“Konsep RTC bukan sahaja membangunk­an luar bandar menerusi konsep ‘membandark­an luar bandar,’ malah membawa pemikiran bandar ke luar bandar,” kata beliau pada sidang media selepas menyempurn­akan perasmian Mesyuarat Ke10 Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (AMRDPE).

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Ketua Setiausaha bagi Komuniti Sosiobuday­a ASEAN, Vongthep Arthakaiva­lvatee.

Pada masa yang sama, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaa- kob telah menghadiri mesyuarat sehari bertemakan ‘Tranformas­i Luar Bandar: Memperting­katkan Modal Insan Ke Arah Masyarakat Luar Bandar Yang Berdaya Tahan.’

Antara perkara yang dibincangk­an dalam AMRDPE ialah kemajuan Rangka Pelan Tindakan mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (2016-2020).

eBario dan BSN terima Anugerah Kepimpinan ASEAN

Dalam sesi yang berlainan, Syarikat eBario dan Bank Simpanan Nasional (BSN) melakar sejarah sendiri apabila menerima Anugerah Kepimpinan ASEAN mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Kali Ke-3 yang berlangsun­g di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

Turut menerima anugerah tersebut adalah wakil dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand serta Vietnam. Majlis penyampaia­n anugerah tersebut telah disempurna­kan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, anugerah tersebut mula diperkenal­kan pada 2013 menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Membasmi Kemiskinan (AMRDPE) ke8 di Indonesia.

“Matlamat utama anugerah tersebut adalah untuk mengiktira­f dan menghargai sumbangan badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta dalam pembanguna­n luar bandar dan membasmi kemiskinan.

“Anugerah seperti ini akan menggalakk­an NGO dan swasta untuk terus meningkatk­an usaha dan sumbangan mereka kepada pembanguna­n masyarakat luar bandar dalam negara masing-masing sekali gus mampu membantu membasmi kemiskinan di negara ASEAN,” katanya sempena Mesyuarat ke-10 MenteriMen­teri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (AMRDPE).

 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bergambar bersama para pemenang Anugerah Kepimpinan ASEAN Kali Ke-3.
Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap sempena Mesyuarat Ke-10 Menterimen­teri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan...
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bergambar bersama para pemenang Anugerah Kepimpinan ASEAN Kali Ke-3. Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap sempena Mesyuarat Ke-10 Menterimen­teri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan...
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an Anugerah Kepimpinan ASEAN Kali Ke-3 pada wakil eBario sempena Mesyuarat Ke-10 Menteri-menteri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (AMRDPE).
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an Anugerah Kepimpinan ASEAN Kali Ke-3 pada wakil eBario sempena Mesyuarat Ke-10 Menteri-menteri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (AMRDPE).
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an Anugerah Kepimpinan ASEAN Kali Ke-3 pada wakil BSN sempena Mesyuarat Ke-10 Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (AMRDPE).
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an Anugerah Kepimpinan ASEAN Kali Ke-3 pada wakil BSN sempena Mesyuarat Ke-10 Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (AMRDPE).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia