Utusan Borneo (Sabah)

Atlet digesa pulang ke negeri masing-masing meriahkan Hari Sukan Negara

-

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mahu semua atlet negara yang menyertai Sukan SEA ke29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 baru-baru ini, pulang ke negeri masing-masing bagi memeriahka­n sambutan Hari Sukan Negara pada 14 Okt ini.

“Semua negeri dan daerah akan mengadakan aktiviti dan saya telah mengarahka­n semua atlet yang telibat dalam Kuala Lumpur 2017 (KL2017) baru-baru ini untuk pulang ke negeri masing-masing memeriahka­n sambutan peringkat negeri.

“Majlis perasmian kebangsaan akan diadakan di perkaranga­n Stadium Bukit Jalil pada 11 pagi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya selepas menghadiri Jalan Riang Ria Batik 2017 di Balai Seni Visual Negara di sini, pada Ahad.

Antara aktiviti pada hari perasmian itu ialah larian, kayuhan basikal, bola jaring, futsal, sukan tradisi dan beberapa aktiviti kecergasan.

Sambutan Hari Sukan Negara diadakan pada setiap Sabtu minggu kedua Oktober, satu inisiatif ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.

Mengenai isu doping pada KL2017 baru-baru ini, Khairy dengan tegas mahu kesemua atlet tidak terlibat dalam penyalahgu­naan bahan-bahan terlarang yang ditetapkan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

“Jangan ambil doping, berapa banyak program lagi yang kita nak buat? Kita buat program setiap masa dan kami akan meneruskan program itu (kesedaran mengenai doping),” katanya.

 ??  ?? KHAIRY
KHAIRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia