Utusan Borneo (Sabah)

Pitas juara Kejohanan Bola Sepak Saga Zon Utara

Kejohanan Bola Sepak Saga Zon Utara, bakal beraksi di Sandakan

- Oleh SALMAN ABADI

KUDAT: Pasukan bola sepak lelaki daerah Pitas muncul juara Kejohanan Bola Sepak Sabah Games (Saga) peringkat Zon Utara yang berlangsun­g di Padang Bandaran Kudat dan Padang SMK Abdul Rahim

II, di sini, baru-baru ini.

Pasukan Pitas menjuarai kejohanan itu selepas berjaya mengutip 7 mata dari tiga perlawanan, meletakkan pasukan Saga Kota Belud sebagai naib johan dengan kutipan 5 mata. Pada perlawanan menentukan kejuaraan, pasukan Pitas menewaskan pasukan tuan rumah Kudat dengan jaringan 2 – 0. Kejohanan dua hari itu yang dipertandi­ngkan secara liga, disertai empat pasukan (daerah) dalam Zon Utara iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Kota Belud. Pengurus pasukan Saga Pitas Fairuz Idzueldeen @ Bennity yang juga Penolong Pegawai Daerah Pitas berkata, pasukan Pitas telah membuat persiapan lebih awal agar para pemain mendapat pendedahan dan tahap kecergasan yang lebih baik untuk menghadapi kejohanan itu.

Katanya, untuk tujuan itu pihaknya telah memanggil dan menggunaka­n khidmat serta pengalaman beberapa mantan pemain Sabah yang berasal dari Pitas untuk melatih para pemain pasukan Saga Pitas.

Antaranya ialah Azlan Ariffin @ Nash, Mohktar Dayoh, Romzi Musa, Rosele Basrin @ Ibunk dan Ajie selaku jurulatih penjaga gol.

Penjaring pasukan Saga Pitas iaitu Mohd Izzat dan Mohd Nor Azzriel (Azzil) berasa amat gembira kerana berjaya membawa pasukannya muncul juara kelayakan peringkat Zon Utara dan bakal berentap pada Kejohanan Sukan Sabah (Saga) di Sandakan Disember depan.

Penolong pengurus pasukan Pitas, Zulkifli Basrin @ Ajunk menyifatka­n kemenangan itu amat berharga dan berbaloi kerana para pemain telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berlatih bagi membentuk keserasian sebagai sebuah pasukan mantap.

Beliau berharap pasukan Pitas mampu memberi cabaran hebat kepada semua pasukan bertanding pada Kejohanan Sabah Games 2017 di Sandakan nanti.

“Pada perlawanan menentukan kejuaraan, pasukan Pitas menewaskan pasukan tuan rumah Kudat dengan jaringan 2-0.

 ??  ??
 ??  ?? ZULKILFI Basrin tersenyum puas mendakap piala kemenangan.
ZULKILFI Basrin tersenyum puas mendakap piala kemenangan.
 ??  ?? PEMAIN dan pegawai pasukan Saga Pitas meraikan meraikan kemenangan selepas muncul Kejohanan Bola Sepak Saga Zon Utara di Padang Bandaran Kudat.
PEMAIN dan pegawai pasukan Saga Pitas meraikan meraikan kemenangan selepas muncul Kejohanan Bola Sepak Saga Zon Utara di Padang Bandaran Kudat.
 ??  ?? FAIRUZ
FAIRUZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia