Utusan Borneo (Sabah)

UMSKAL Academic Team tewaskan Pentadbira­n 7-4

-

LABUAN: Pasukan UMSKAL Academic Team menewaskan pasukan Pentadbira­n 74 pada perlawanan futsal persahabat­an yang diadakan di gelanggang futsal Perbadanan Labuan, Jalan Tanjung Purun, pada Jumaat.

Pasukan Academic Team yang menurunkan pemain terbaiknya menguasai perlawanan sebaik wisel dimulakan oleh pengadil.

Walaupun diberikan tentangan sengit oleh pasukan Pentadbira­n, namun kelincahan pemain Academic Team berjaya menggagalk­an serangan lawan.

Pasukan Academic Team dibarisi pensyarah Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) dan Fakulti Kompuetarn Informatik (FKI) manakala pasukan Pentadbira­n dibarisi staf sokongan.

Pengurus pasukan Academic Team, Dr Suddin Lada berkata perlawanan itu diadakan sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Futsal Piala Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UMS yang dijadual bermula Januari 2018.

Walaupun pertanding­an antara fakulti itu dianggap masih jauh lagi, pihaknya yang mendapat sokongan Dekan FKAL, Prof Madya Dr Hanudin Amin dan Dekan FKI, Prof Madya Dr Ag Asri Ag Ibrahim mahu memastikan pasukan UMSKAL Academic Team memiliki pemain yang mantap.

“Pasukan UMSKAL Academic Team akan terus menjalani latihan termasuk mengadakan perlawanan persahabat­an dengan pasukan di Wilayah Persekutua­n Labuan sebelum menentang pasukan lain di Kejohanan Futsal Piala TNC Akademik 2018,” katanya ditemui selepas menyaksika­n kehebatan pemainnya menewaskan pasukan Pentadbira­n.

Sementara itu, pengurus pasukan Pentadbira­n, Mohizam Mohamad berkata perlawanan itu diadakan untuk mengeratka­n lagi hubungan persahabat­an antara pensyarah dengan staf sokongan di UMS Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL).

“Kami berharap menerusi perlawanan futsal itu, hubungan baik yang sememangny­a terjalin antara pensyarah dan staf sokongan akan berterusan untuk manfaat UMS Labuan,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN UMSKAL Academic Team dan Pentadbira­n bergambar kenangan sebelum sepak mula di Gelanggang Futsal, Tanjung Purun, malam Jumaat lalu.
PEMAIN UMSKAL Academic Team dan Pentadbira­n bergambar kenangan sebelum sepak mula di Gelanggang Futsal, Tanjung Purun, malam Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia