Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Bola Tampar Tertutup Sabah 27-29 Okt

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DAT U: Persatuan Bola Tampar Daerah Lahad Datu akan menganjurk­an Kejohanan Bola Tampar Tertutup Sabah di Gelanggang Bola Tampat Kelab Rekreasi Teluk Darvel, di sini pada 27-29 Oktober.

Sebanyak 18 pasukan dari seluruh negeri dijangka akan menyertain­ya bagi merebut kejuaraan yang menawarkan hadiah wang tunai RM6,000, medal dan sebuah piala iringan.

Juara akan memenangi RM3,000, sebuah piala iringan kejuaraan dan medal, naib johan RM1,500 dan medal, tempat ketiga RM1,000 dan medal serta keempat RM500.

Kejohanan itu dianjurkan dengan kerjasama Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri serta Persatuan Bola Tampar Negeri Sabah.

Syarat penyertaan bagi sebuah pasukan ialah terbuka kepada semua pemain di negeri ini yang bermastaut­in tidak kurang enam bulan.

Pemain kebangsaan, pemain senior negeri, Sukma dan Sukan Sekolah Asean hanya tiga orang sahaja dibernarka­n bermain dalam satu masa.

Pada mesyuarat pelancaran kejohanan itu, Pegawai Daerah Iman Ali yang diwakili Penolong Pegawai Daerah (Pentadbira­n) Lahad Datu Mashita Amin berkata acara itu diharap dapat mencapai matlamat penganjura­nnya untuk melahirkan bakat pemain muda sukan bola tampar.

“Selain itu, diharap kejohanan ini dapat dijadikan medan persaingan sihat dalam kalangan pasukan dari seluruh negeri seterusnya dapat mengeratka­n silaturahi­m di antara pemain demi pembanguna­n sukan,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dijangka merasmikan kejohanan itu.

 ??  ?? MASHITA mengabadik­an gambar kenangan selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama pegawai kerajaan dan jawatankua­sa persatuan.
MASHITA mengabadik­an gambar kenangan selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama pegawai kerajaan dan jawatankua­sa persatuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia