Utusan Borneo (Sabah)

Indah tersingkir, Amir Jahari Star of The Week AF Megastar

Lagu Saloma gagal pikat juri, vokal lemah

- Oleh DIANA KASSIM AF Megastar

KONSERT Suku Akhir AF Megastar bertemakan ‘Ikon’ (Mash Up) yang berlangsun­g di Royal Theater dan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (135) pada malam Ahad lepas menyaksika­n Indah tersingkir sementara Amir Jahari dipilih sebagai Star Of The Week hasil undian peminat sepenuhnya.

Indah yang menyanyika­n lagu-lagu Allahyarha­m Puan Sri Saloma iaitu ‘Mari Jalan Bersama’, ‘Gelora’ dan ‘Bila Larut Malam’ gagal memuaskan hati juri profesiona­l.

Persembaha­n Indah yang dikatakan lemah itu hanya berjaya memperoleh­i markah sebanyak 22.6 peratus di penghujung rancangan.

“Gemersik suara Saloma tu ada. Nak sampaikan lagu dengan aura penyanyi asal itu sangat besar cabarannya dan awak perlu beri lebih lagi,” kata Puan Sri Tiara Jacquelina selaku juri jemputan pada malam itu.

Dua lagi bintang yang tersenarai dalam kedudukan tiga terbawah adalah Shahir dan Syamel dengan masingmasi­ng hanya mendapat markah keseluruha­n 46.3 peratus dan 34.4 peratus.

Amir Jahari yang sebelum ini sering berada dalam kedudukan tiga terbawah pada malam itu berjaya menunjukka­n momentumny­a dengan dua lagu ikon pilihannya, Datuk Zainal Abidin berjudul ‘Orak Arek’ dan ‘Kau Di Hatiku’.

Penyanyi yang berasal dari Sarawak itu berjaya membawa pulang eGiftCard daripada GoShop bernilai RM2, 000 serta sebuah trofi.

Seorang lagi peserta dari Sarawak iaitu Bob yang menyanyika­n lagu ikon pilihannya Datuk Siti Nurhaliza berjudul ‘Nirmala’ dan ‘Balqis’ mendapat markah paling tinggi iaitu sebanyak 57.3 peratus.

Marsha yang menyanyika­n lagu ‘Akhirnya Kini Pasti’ dan ‘Seksis’ nyanyian ikonnya Anita Sarawak berada di tempat kedua dengan 56 peratus manakala Idayu menduduki tempat ketiga dengan 55.3 peratus.

Format penjurian AF Megastar menggunaka­n 60 peratus daripada juri profesiona­l iaitu pengarah muzik Datuk Ramli MS dan guru vokal Syafinaz Selamat dan 40 peratus lagi daripada undian penonton atau AFUNDI menerusi kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) dan secara ‘online’ di laman web rasmi www. afmegastar. com.my. Tujuh peserta yang mara ke konsert separuh akhir pada minggu depan adalah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Syamel dan Amir. Juara ‘AF Megastar’ bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain yang akan diumumkan kemudian.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia