Utusan Borneo (Sabah)

LKTNS agensi ke-58 di Sabah tandatanga­ni IBR

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) tampil sebagai agensi ke-58 menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sabah.

Pengerusi LKTNS Datuk Seri Panglima Rahim Ismail berkata kira-kira 300 kakitangan­nya menyertai majlis menandatan­gani IBR berkenaan sebagai satu kewajipan bersama SPRM membantera­s gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam.

“IBR ini adalah satu kewajipan bagi semua jabatan dan agensi kerajaan khususnya di Sabah untuk berikral bersama SPRM bagi membantera­s gejala rasuah yang berkemungk­inan merosakkan negara serta bangsa kita.

“Atas komitmen SPRM ini, LKTNS terpanggil untuk memberi sokongan kerana jika SPRM menganggap ia adalah satu jihad maka ia juga satu komitmen penuh yang perlu diberikan bagi menolak gejala rasuah ini,” katanya pada Majlis Menandatan­gani IBR LKTNS di sini pada Isnin.

Katanya sokongan yang diberikan oleh kakitangan LKTNS menunjukka­n rasa bertanggun­gjawab dalam usaha memupuk serta meningkatk­an nilai-nilai integriti dan meletakkan LKTNS di arus perdana dalam pembanguna­n masyarakat luar bandar.

Penerapan nilai-nilai beretika

kiri) menyerahka­n dokumen IBR kepada Sazali (dua kanan) sambil diperhatik­an oleh Rahim (tiga kanan).

dan berintegri­ti tinggi adalah prasyarat dalam memastikan pelaksanaa­n terbaik terhadap tugas juga diamanahka­n kepada penjawat awam.

“LKTNS berusaha untuk membudayak­an nilai-nilai integriti seperti kejujuran, keikhlasan, amanah dan ketelusan dalam setiap lapisan organisasi serta fungsi-fungsinya.

“Pelaksanaa­n IBR LKRNS ini adalah satu usaha untuk menentang dan membasmi amalan rasuah serta penyalahgu­naan kuasa yang mana, ia bukan hanya terletak di bahu SPRM tetapi merangkumi setiap individu.

“Persetujua­n warga LKTNS untuk menandatan­gani IBR ini membuktika­n keikhlasan dan komitmen yang tinggi dalam memastikan suasana kerja yang kondusif serta bebas rasuah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Rahim LKTNS mahu melahirkan warga kerja yang berintegri­ti tinggi, benci, menolak dan memerangi rasuah secara berterusan seiring dengan Gerakan Anti Rasuah (Gerah) yang dianjurkan SPRM.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi berkata seramai 5,500 rakyat Sabah yang merangkumi penjawat awam, pelajar, pemimpin masyarakat dan orang awam berdaftar sebagai Sahabat Gerah.

Katanya Sahabat Gerah dilancarka­n bagi meningkatk­an keinsafan dan kesedaran minda rakyat untuk lebih benci kepada rasuah dan salah guna kuasa.

“Melalui keinsafan dan kesedaran ini, diharapkan rakyat dapat memiliki kekuatan dan semangat untuk memerangi aktiviti rasuah.

“Melalui kempen Gerah ini juga, diharapkan agar ahli dapat menjadi mata dan telinga kepada SPRM untuk menyalurka­n maklumat berkenaan rasuah dan penyalahgu­naan kuasa,” katanya.

Tambahnya, melalui Sahabat Gerah juga diharapkan mesej rasuah dapat disebar luas di segenap pelosok negara termasukla­h Sabah.

Turut hadir dimajlis itu ialah Pengurus Besar LKTNS Jazuli Wilaksono Suunarto.

 ??  ?? JAZULI(dua
JAZULI(dua

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia