Utusan Borneo (Sabah)

Koperasi perlu sentuhan inovasi

Belia tempatan diminta contohi semangat usahawan belia luar negara

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Golongan belia disaran mencontohi semangat keusahawan­an koperasi yang ditonjolka­n oleh belia di luar negara bagi mengurangk­an kebergantu­ngan masyarakat kepada kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, koperasi belia di Eropah sudah membuktika­n bahawa koperasi bukanlah badan amal tetapi organisasi ekonomi yang menekankan prinsip ‘self help’ dan ‘solidarity’ bagi menangani pelbagai isu belia, khususnya pelajar institusi pengajian tinggi.

“Umumnya, tidak dinafikan Malaysia turut menerima kesan ketidakten­tuan ekonomi global yang kini menuntut pendekatan ekonomi sosial sebagai solusi kepada permasalah­an itu seperti mana yang diamalkan oleh negara barat.

“Keadaan ini menjadi cabaran kepada kerajaan untuk mengimbang­i kedudukan sosio-ekonomi warganya berikutan ancaman krisis penganggur­an graduan dan peningkata­n kadar kos sara hidup yang semakin meruncing.

“Mengambil kira hal ini, adalah wajar bagi golongan belia menceburi keusahawan­an koperasi sebagaiman­a yang dilakukan oleh kebanyakan belia di luar negara,” katanya ketika merasmikan Seminar Koperasi Belia Tonggak Masa Depan Pembanguna­n Negara, di sini pada Isnin.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah.

Tawfiq berkata, koperasi memerlukan sentuhan inovasi daripada golongan belia untuk memberi nafas baharu kepada gerakan koperasi di negara ini agar dapat merangsang pertumbuha­n ekonomi yang dinamik.

Selain itu katanya, penglibata­n belia terutamany­a pelajar institusi pengajian tinggi juga dapat menawarkan kestabilan sosial di samping membawa pelbagai kesan positif kepada pembanguna­n golongan sasar.

“Keusahawan­an koperasi turut membolehka­n belia mencipta peluang pekerjaan yang bersesuaia­n dengan minat dan kemahiran mereka sendiri melalui usaha penyatuan sumber kewangan, pengetahua­n, kepakaran dan teknologi.

“Koperasi yang wujud di institusi pengajian tinggi juga boleh dijadikan tempat untuk pelajar mempraktik­kan ilmu yang diperoleh di bilik kuliah selain membangunk­an kemahiran insaniah, kerjasama, perpaduan, komunikasi dan pemikiran kritis,” katanya.

Justeru katanya, penganjura­n seminar yang berlangsun­g dua hari bermula kelmarin itu amat bertepatan bagi mendedahka­n belia tentang prinsip dan nilai koperasi serta kepentinga­nnya dalam pembanguna­n sosio ekonomi masyarakat.

Tawfiq juga memuji kerjasama yang dilaksanak­an secara menyeluruh antara pihak penganjur dalam memastikan pembanguna­n belia di negeri ini dapat dilaksana secara sistematik dan strategik.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Dr D Kamaruddin D Mudin berkata, UMS komited membantu agensi kerajaan membangunk­an koperasi belia melalui Knowledge Transfer Program (KTP).

Katanya, ia juga bertepatan untuk menyahut 10 lonjakan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) yang mana salah satunya adalah menghasilk­an graduan ho l i s t i k bercirikan keusahawan­an dan seimbang.

Sehubungan itu, beliau berharap agar Pertubuhan Koperasi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (Ko-Siswa UMS) yang bakal ditubuhkan kelak akan dapat membantu pelajar berkecimpu­ng dalam dunia perniagaan lebih awal sebelum tamat pengajian.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS Profesor Dr Ismail Ali.

Terdahulu, seminar berkenaan adalah anjuran Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Zon Sabah dengan kerjasama Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) dan UMS.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah MKM Datuk Mohd Yusof Kasim, Pengarah SKM Sabah Umar Sarim dan Pengarah MKM Zon Sabah Christophe­r John Baptist.

“ Keusahawan­an koperasi turut membolehka­n belia mencipta peluang pekerjaan yang bersesuaia­n dengan minat dan kemahiran mereka sendiri melalui usaha penyatuan sumber kewangan, pengetahua­n, kepakaran dan teknologi. DATUK TAWFIQ ABU BAKAR TITINGAN Menteri Belia dan Sukan

YUSOF (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Masiung (empat kiri).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia