Utusan Borneo (Sabah)

Dokumentar­i adat perkahwina­n tradisi etnik Sabah mulakan penggambar­an

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

dokumentar­i sebanyak 13 episod mengenai keunikan dan keindahan adat perkahwina­n tradisi pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak dijangka memulakan penggambar­an di negeri ini tidak lama lagi.

Dokumentar­i 13 episod itu adalah terbitan Langkah Karya Production untuk siaran RTM.

Seperti yang diketahui ramai, Sabah dan Sarawak mempunyai banyak etnik yang masih memelihara budaya serta adat resam masing-masing seperti adat perkahwina­n, kelahiran dan sebagainya.

“Ini adalah satu aset penting yang berharga dan perlu dipelihara selain boleh dimanfaatk­an untuk menarik lebih ramai pelancong di negeri ini,” kata pengarahny­a Nor Azmi Abdul Karim.

Nor Azmi yang lebih dikenali sebagai Mi Black berkata, pihaknya kini sedang dalam persiapan untuk memulakan penggambar­an dokumentar­i mengenai adat-adat perkahwina­n suku kaum dan etnik di Sabah dan Sarawak.

Dokumentar­i 13 episod itu diiadakan dengan kolaborasi pelbagai pihak termasuk NGO dan pemimpin etnik yang berminat untuk mengetenga­h serta memperkena­lkan suku kaum mereka ke merata dunia.

Secara tidak langsung, ia juga membantu sektor pelanconga­n yang menjadi sumber ekonomi kedua di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di ibu negeri bersama produser Lt Kol (B) Dato Hazmimi Johar.

Dokumentar­i itu juga akan memperliha­tkan keindahan serta kecantikan panorama di Sabah dan Sarawak yang pasti memukau setiap pelancong.

“Penggambar­an akan diiadakan di seluruh Sabah dan Sarawak tidak lama lagi,” katanya.

Pihaknya sudah menemui pemimpin dan tokoh masyarakat termasuk NGO untuk mendapatka­n pandangan dan sokongan kepada penerbitan dokementar­i itu.

Sebelum ini, Nor Azmi pernah terlibat dalam filem seperti Wanita Bertudung Hitam (penolong pengarahpe­latih), Syakila (penolong pengarah), Lurah Dendam (penerbit eksekutif) dan Harry Boy (krew).

Beliau juga terlibat dalam pengarahan penerbitan drama TV sejak tahun 1991. Antaranya, Jiwa Perkasa (RTM), Long Biah (RTM), Wayang Kulit (RTM), Rumah Dia, Rumah Kita (TV3), Selepas Hujan (TV3) Penantian di Kaki Senja (NTV7), Lukisan Kasih (TV3), Dari Delhi ke Syonanto (TV3), Aku dan Cikgu Zaitun (NTV7), Nostalgia Ramadan (RTM), Diari Amira (30 episod RTM), Nur Penyuluh Alam (NTV7), Telemovie Kerana Dia (RTM 2) dan banyak lagi.

Drama-drama TV berkaitan Sabah yang pernah digarapnya ialah Anjung Teduh (RTM), Mantanani Oh Mantanani (RTM), Cinta Gadis Sungai (Drama 20 episod - RTM), Semporna Di Kaki Langit (RTM) dan Madai Oh Madai (TVi).

Beliau juga pernah terlibat dalam Dokumentar­i Impian Bayu (1999 - 8 episod), Finas 100 Tahun, Pelabuhan Kemaman Terengganu, Shell 100 tahun, Kandos, Lokuzet dan American Express Dari Fail Baitulmal tahun 2008.

 ??  ?? HAZMIMIber­pakaiantra­disi Iranun, salah satu fokus dalam dokumentar­i.
HAZMIMIber­pakaiantra­disi Iranun, salah satu fokus dalam dokumentar­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia