Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga bebas tuduhan edar dadah

Bomba selamat dua kanak-kanak terperangk­ap banjir kilat

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Dua kanak-kanak perempuan terperangk­ap di Sungai Pampang yang dilanda banjir kilat ketika menyeberan­g berjaya diselamatk­an anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah yang menerima panggilan daripada orang awam.

PenguasaJa­batanBomba­danPenyela­mat Malaysia Zon Keningau Abu Hassan Mohd Nawi berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.35 pagi menyatakan dua kanak-kanak terperangk­ap dalam banjir kilat di Sungai Pampang di Lorong E, Taman Kota, kira-kira 3 kilometer dari pekan.

“Sebuah jentera dengan 10 sepuluh anggotadik­etuaipegaw­aiJareeMoh­ammad tiba di lokasi jam 6.41 pagi dan berjaya menamatkan operasi menyelamat keduadua kanak-kanak itu jam 7.40 pagi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, terdapat dua kanak-kanak perempuan terperangk­ap di tengah sungai ketika menyeberan­g. Anggota bomba berjaya membawa mangsa ke tempat selamat menggunaka­n tali dan seterusnya mangsa dibawa ke balai,” katanya pada Selasa.

Sementara itu, hujan semalaman pada Isnin mengakibat­kan beberapa sungai di daerah ini mengalami banjir kilat.

Sungai Liawan, Bayoyo, Pampang dan Mongitom Bunga Raya dilaporkan mengalami banjir kilat dan menyebabka­n berlaku hakisan tanah serta menenggela­mi hasil pertanian penduduk yang berhampira­n sungai berkenaan.

Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan kerugian harta benda yang rosak termasuk hasil pertanian juga belum diketahui.

Bagaimanap­un, sebahagian rumah Ketua Kampung Samalang, Alimon Nulantan yang terletak di tebing Sungai Liawan telah dihanyutka­n air akibat hakisan tanah.

Pegawai Daerah Haji Yusop Haji Osman yang dihubungi di sini pada Selasa berkata memandangk­an perubahan monsun ketika ini, ia sering mengakibat­kan ribut petir dan hujan yang lebat di kawasan pedalaman termasuk di daerah ini.

Katanya, dijangka banjir kilat akan berlaku pada bila-bila masa sahaja terutama di kawasan penempatan yang rendah.

“Penduduk yang tinggal di tepi sungai tidak terkecuali daripada ancaman banjir kilat ini. Oleh itu, kita menasihatk­an penduduk agar segera berpindah jika ada arahan Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah termasuk oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah.

“Setakat ini, keadaan banjir kilat masih terkawal dan pihak saya telah mengarahka­n semua ketua jabatan yang terlibat dalam Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah agar sentiasa bersiapsia­gamemandan­gkankeadaa­n cuaca masa kini,” katanya.

Yusop yang juga pengerusi Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah juga menasihatk­an penduduk agar tidak membiarkan anakanak bermain di kawasan tebing sungai yang sedang banjir dan memindahka­n harta benda berharga seperti kenderaan di kawasan tinggi bagi mengelak terperangk­ap oleh banjir kilat.

Menurut beliau, arahan akan dikeluarka­n dari masa ke semasa kepada semua pemimpin akar umbi berkaitan keadaan banjir termasuk arahan berpindah jika perlu.

Beliau juga memaklumka­n semua penduduk daerah ini bahawa Jabatan Air buat masa ini terpaksa menghentik­an sementara usaha mengepam air di kawasan lojilojiny­a yang terlibat limpahan air kotor akibat banjir dan pihak pengurusan daerah memohon semua pengguna air bermeter bersabar sehingga keadaan pulih seperti sediakala.

 ??  ?? DUA kanak-kanak perempuan yang terperangk­ap di Sungai Pampang berjaya diselamatk­an oleh anggota bomba dengan menggunaka­n tali.
DUA kanak-kanak perempuan yang terperangk­ap di Sungai Pampang berjaya diselamatk­an oleh anggota bomba dengan menggunaka­n tali.
 ??  ?? YUSOP
YUSOP
 ??  ?? KEADAAN rumah Alimon yang mengalami hakisan tanah pada banjir kilat Sungai Liawan.
KEADAAN rumah Alimon yang mengalami hakisan tanah pada banjir kilat Sungai Liawan.
 ??  ?? KEADAAN Sungai Liawan yang banjir kilat pada Selasa.
KEADAAN Sungai Liawan yang banjir kilat pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia