Utusan Borneo (Sabah)

Polis buru dua suspek

Cuba merempuh anggota polis ketika dikejar dua peronda

- Oleh JAINUDIN NASIR (dua kanan) bersama pegawai IPD Ranau menunjukka­n barang yang dirampas daripada suspek.

RANAU: Polis di sini sedang memburu dua suspek lelaki yang dianggap berbahaya selepas kedua-dua mereka bersama dua yang lain terlibat dalam cubaan membunuh seorang anggota polis Pekan Ranau.

Kedua-dua suspek yang dikenal pasti sebagai Mohamad Arbani Mohamad Sewan, 24, seorang lelaki tempatan dan warga Filipina yang dikenali sebagai Leo, 30, melarikan diri dari kenderaan mereka selepas dikejar kereta polis sini pada 6 Oktober.

Ketua Polis Ranau DSP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata dalam satu sidang akhbar di IPD Ranau pada Selasa, kejadian itu berlaku ketika polis menjejaki suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Saujana Ranau sehari sebelumnya.

“Keesokan harinya, kira-kira jam 10.30 pagi, dua peronda polis berjaya menjejaki empat suspek yang sedang memandu kenderaan Proton Waja. Anggota kita berada di belakang kenderaan suspek sehingga ia dihentikan di sebuah stesen minyak.

“Di sana, anggota polis keluar dari kenderaan dan cuba mendekati kereta suspek. Bagaimanap­un, kereta itu tiba-tiba bergerak dan cuba merempuh salah seorang anggota tetapi gagal. Anggota polis melepaskan dua tembakan ke tayar kenderaan suspek.

“Suspek melarikan diri dengan keadaan dua tayar keretanya pancit lalu dikejar oleh anggota polis. Ketika tiba di persimpang­an Kg Muhibbah, kereta suspek terbabas namun tiga suspek berjaya melarikan diri,” katanya.

Farhan berkata, salah seorang suspek, lelaki tempatan berusia 32 tahun yang juga abang Mohamad Arbani, yang terakhir melarikan diri dari kenderaan yang ditembak itu ditahan oleh polis.

Susulan itu, polis juga berjaya menangkap seorang lagi suspek, lelaki tempatan berusia 20 tahun, ketika dia cuba melarikan diri dari Ranau di Stesen Bas RanauKenin­gau, kira-kira jam 11.30 pagi pada 7 Oktober.

“Antara barang yang ditemui pada suspek semasa tangkapan itu termasuk pisau lipat berukuran 6 inci. Kedua-dua suspek yang ditangkap didapati positif syabu,” katanya.

Katanya penangkapa­n kedua-dua suspek turut membawa kepada penemuan semua barangan yang dicuri dari kes pecah rumah di Taman Saujana, yang bernilai kira-kira RM3,550, serta beberapa senjata termasuk katana, parang, kapak, bar besi dan lain-lain.

Salah satu barangan yang dicuri, Samsung Galaxy Tab telah dijual kepada seorang pelayan wanita berusia 32 tahun, yang juga ditangkap pada hari berkenaan kerana memiliki barangan curi dan kini ditahan reman.

Farhan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan curi.

Beliau menggesa keduadua suspek yang masih lolos supaya menyerah diri di mana-mana balai polis berdekatan.

Beliau juga meminta kerjasama orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat tentang suspek yang sedang diburu agar menghubung­i ASP Nurul Hafidz (0128657598) atau Inspektor Hafiza (0145220506).

“Kejadian itu berlaku ketika polis menjejaki suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Saujana Ranau sehari sebelumnya. ” DSP MOHD FARHAN LEE ABDULLAH Ketua Polis Ranau

 ??  ?? FARHAN
FARHAN
 ??  ?? FARHAN (kiri) menunjukka­n kenderaan yang digunakan empat suspek ketika kejadian itu.
FARHAN (kiri) menunjukka­n kenderaan yang digunakan empat suspek ketika kejadian itu.
 ??  ?? MOHD ARBANI salah seorang suspek yang diburu polis.
MOHD ARBANI salah seorang suspek yang diburu polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia