Utusan Borneo (Sabah)

Kit Siang sembunyi niat sebenarnya

Perguna Dr Mahathir untuk lindungi tujuan politik: Salleh

-

KUALA LUMPUR: Bendahari Umno Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkatapem­impinDAP Lim Kit Siang dengan bijaknya telah mengetepik­an Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan tertinggi itu dan memperguna­kan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melindungi tujuan politik sebenar beliau.

“Sebab itulah (Dr) Mahathir sangat sensitif berhubung isu itu dan setiap kali ada pihak bercakap tentang Kit Siang menjadi perdana menteri, beliau akan jadi orang pertama menafikan dakwaan tersebut dan mempertaha­nkan Kit Siang,” katannya menerusi sskeruak.blogspot.my. pada Selasa.

Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata di sebalik penafian Kit Siang, beliau tidak dapat menyembuny­ikan hakikat “yang beliau adalah pemimpin de facto (sebenar) dan DAP yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak yang membuat keputusan dalam Pakatan Harapan.”

“Ini bermakna beliau yang memutuskan siapa akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan memenangi PRU-14 (pilihan raya umum ke-14) dan selaku pemimpin de facto parti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak, pilihan tepat untuk perdana menteri ialah Kit Siang sendiri,” katanya.

Beliau juga berkata sejarah Pakatan banyak menunjukka­n bahawa Kit Siang, dan bukan Pakatan yang membuat keputusan.

“Apabila Pakatan Rakyat dibubar, Kit Siang yang buat keputusan itu secara sendirian dan Kit Siang juga yang putuskan untuk mengakhiri kerjasama dengan PAS sekalipun PKR tidak mahu.

“Ini akan berulang dalam isu siapa jadi perdana menteri sekiranya Pakatan menang PRU. Ini dibuktikan oleh rekod Pakatan sendiri,” kata Salleh. -Bernama

Sebab itulah (Dr) Mahathir sangat sensitif berhubung isu itu dan setiap kali ada pihak bercakap tentang Kit Siang menjadi perdana menteri,beliauakan­jadiorangp­ertamamena­fikan dakwaan tersebut dan mempertaha­nkan Kit Siang. DATUK SERI DR SALLEH SAID KERUAK Bendahari Umno

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia