Utusan Borneo (Sabah)

Iceland layak ke Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah

-

REYKJAVIK, Iceland: Kurang dari 18 bulan selepas menyingkir­kan England di pusingan kedua Euro 2016, Iceland melayakkan tempat ke Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah mereka apabila menewaskan Kosovo 2-0 pada perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2018 Isnin lepas.

Memerlukan kemenangan untuk menjamin tempat teratas Kumpulan I bagi Zon Eropah, gol dari Gylfi Sigurdsson dan Johann Gudmundsso­n memastikan Iceland boleh menempah tiket penerbanga­n ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018.

“Saya fikir selepas Euro 2016, ia adalah perkara paling sukar untuk mengembali­kan motivasi kami sekali lagi,” akui jurulatih Iceland, Heimir Hallgrimss­on.

“Meraikan kejayaan pertama (ke Euro 2016) tidak begitu menarik. Apa yang paling sukar ialah untuk meneruskan rentak selepas kejayaan di Perancis (tuan rumah Euro 2016).

“Dan apa yang lebih hebat dalam kumpulan terdiri dari Croatia, Turki, Ukraine dan Finland, yang berada pada kedudukan lebih baik dari anda, membuatkan anda lebih percaya.

“Kejayaan bukan berakhir dengan kelayakan ini tetapi satu perjalanan yang jauh ke arah destinasi akhir.”

Dua tahun yang lalu, Iceland layak untuk kejohanan besar yang pertama mereka selepas mengambil kesempatan dari penambahan kepada 24 pasukan tetapi dalam masa yang sama, menyingkir­kan Belanda di peringkat kelayakan.

Dari situ, pasukan kepulauan kecil dengan hanya 330,000 penduduk, mengejutka­n Eropah apabila bukan sahaja melepasi pusingan pertama Euro 2016 tetapi mengejutka­n England di pusingan kedua sebelum tewas kepada Perancis di suku akhir.

Sekarang, Piala Dunia di Rusia akan sekali lagi mewarnai seluruh utara Eropah dan penyokong mereka yang memulakan trend bertepuk tangan di Euro, pastinya akan menarik perhatian sekali lagi tahun hadapan.

Ibu kota Iceland berpesta dengan percikan bunga api mewarnai Stadium Laugardals­vollur selepas menewaskan Kosovo, pasukan kerdil Eropah yang berada pada ranking ke-184 dunia.

Walaupun hanya mengutip satu mata dalam kempen kelayakan pertama mereka, jurulatih Kosovo, Albert Bunjaki berkata kejayaan Iceland akan menjadi inspirasi negaranya.

“Tahniah kepada pasukan dan penduduk Iceland,” kata Bunjaki, di mana jumlah penduduk negara beliau adalah enam kali lebih banyak berbanding Iceland.

“Ia satu contoh yang hebat untuk sebuah negara kecil seperti kami untuk memiliki pasukan yang bagus seperti Iceland di masa hadapan.”

Kemenangan meletakkan Iceland di hadapan Croatia, Ukraine dan Turki. — AFP

 ?? —Gambar AFP ?? PARA pemain Iceland meraikan kejayaan mereka selepas tamat perlawanan di Reykjavik, Iceland Isnin lepas.
—Gambar AFP PARA pemain Iceland meraikan kejayaan mereka selepas tamat perlawanan di Reykjavik, Iceland Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia