Utusan Borneo (Sabah)

ADIK BEKAS MENTERI DIREMAN

Bantu siasatan penyelewen­gan dana projek luar bandar di Sabah

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Adik seorang bekas menteri

Persekutua­n diperintah­kan ditahan reman lima hari oleh

Mahkamah Majistret di sini, untuk membantu siasatan penyelewen­gan dana RM180 juta bagi projek pembanguna­n luar bandar di negeri ini.

Majistret Stephanie Sherron Abbie membuat keputusan berkenaan di dalam kamarnya terhadap lelaki berkenaan yang juga anggota Umno Bahagian Semporna yang disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pegawai Penyiasat Mohd Faliq Basirudin memohon individu berusia 52 tahun itu direman tujuh hari, namun peguam Hamid Ismail meminta tempoh berkenaan dikurangka­n kepada dua hari.

Individu berkenaan dibawa ke kamar mahkamah kira-kira jam 12.05 tengah hari dan prosiding berakhir kira-kira jam 12.40 tengah hari.

Stephanie memerintah­kan individu terbabit mula menjalani tahanan reman bermula pada Rabu dan berakhir pada Ahad.

Individu terbabit ditahan jam 9.30 malam di pejabat SPRM pada Selasa, selepas tiga jam memberikan keterangan.

Turut sama dengan Hamid ialah peguam Lorreto S. Padua, Martin Tommy dan Cedrick Choo.

Kini tujuh individu ditahan reman oleh pihak SPRM, bermula pada 6 Oktober apabila dua individu bergelar Datuk dan seorang pengarah syarikat pembinaan direman selama lima hari.

Pada Selasa, tiga lagi ahli politik direman selama lima hari iaitu Ketua Pemuda Parti Warisan Sabah (Warisan), Ketua Pemuda Umno Tenom dan Ketua Pemuda Umno Tawau.

Manakala tempoh reman terhadap pengarah syarikat dan Naib Presiden Parti Warisan bergelar Datuk itu masing-masing dilanjutka­n kepada empat dan tiga hari.

Mereka direman bagi mendapatka­n keterangan berhubung RM1.5 bilion peruntukan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diseleweng­kan sejak 2009.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia