Utusan Borneo (Sabah)

SMK Petagas akan dibina tidak lama lagi

Tapak bangunan seluas 15 ekar sudah disediakan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PUTATAN: Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petagas di sini bakal dilaksanak­an tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Petagas Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, pembinaan berkenaan sudah lama dinanti-nantikan penduduk khususnya di kawasan Petagas.

Katanya, tapak bangunan SMK Petagas melibatkan kawasan tanah seluas 15 ekar.

“Pembinaan jalan raya menuju ke kawasan sekolah ini sudah lama siap dengan peruntukan daripada kerajaan.

“Saya turut difahamkan dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Penampang mengenai kelulusan pembinaan SMK Petagas.

“Justeru, kita berharap bila-bila masa sahaja sama ada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan pembinaan sekolah akan bermula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyampaia­n sumbangan peralatan sekolah kepada murid-murid terpilih dari lima sekolah rendah kawasan Petagas di sini pada Rabu.

Menurutnya, lonjakan pertambaha­n penduduk dan perumahan di daerah Putatan agak drastik.

Sehubungan itu, penting bagi penduduk di kawasan berkenaan mempunyai pertambaha­n sekolah menengah.

“Sekarang ini, ada dalam kalangan penduduk yang terpaksa menghantar anak ke sekolah di luar kawasan Putatan.

“Itulah pentingnya pembinaan segera SMK Petagas bagi memudahkan pelajar-pelajar bersekolah di kawasan ini,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 125 murid menerima sumbangan

“Justeru, kita berharap bilabila masa sahaja sama ada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan pembinaan sekolah akan bermula.

DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN Timbalan Ketua Menteri

beg dan alat tulis daripada Kumpulan Yayasan Sabah.

Kesemua penerima dipilih dari lima sekolah termasukla­h Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas, SK Kem Lok Kawi, Sk Tombovo, SK Tansau, dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Hwa Shiong.

Yahya berkata, pihaknya juga akan menyediaka­n peruntukan untuk menaik taraf padang dan bangunan lama SK Petagas secara berperingk­at.

Turut hadir, Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan Hanafia Deman.

 ??  ?? PARA penerima dan tetamu jemputan bergambar bersama selepas majlis penyampaia­n sumbangan selesai.
PARA penerima dan tetamu jemputan bergambar bersama selepas majlis penyampaia­n sumbangan selesai.
 ??  ?? YAHYA (empat kiri) menyampaik­an sumbangan beg sekolah kepada salah seorang penerima pada majlis itu. Turut kelihatan Hanafia (empat kanan).
YAHYA (empat kiri) menyampaik­an sumbangan beg sekolah kepada salah seorang penerima pada majlis itu. Turut kelihatan Hanafia (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia