Utusan Borneo (Sabah)

Isu bekalan ubat dijangka selesai November

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Christina Rundi memberi jaminan isu kekurangan bekalan ubat yang dialami sejak April lalu dijangka berakhir pada November.

Beliau berkata masalah kekurangan bekalan ubat anti-hipertensi iaitu Amlodipine 5mg dan 10mg sejak April adalah disebabkan masalah dalaman syarikat pembekal dan kontrak pusat syarikat itu ditamatkan oleh Kementeria­n Kesihatan pada Mei.

“Berikutan masalah kekurangan bekalan itu, doktor yang merawat pesakit sama ada di hospital mahupun klinik kesihatan diminta untuk menukarkan ubat anti-hipertensi kepada ubat lain buat sementara waktu.

“Ada antara doktor sudah berbuat demikian, namun terdapat juga ahli farmasi meminta pesakit membeli ubat di klinik atau farmasi swasta.

“Pihak JKNS memohon agar pesakit yang masih mengalami masalah bekalan ubat anti-hipertensi untuk memaklumka­n kepada doktor yang merawat mereka atau kepada pegawai yang menjaga klinik atau terus berhubung dengan pengarah hospital,” katanya ketika ditanya tentang perkembang­an isu kekurangan bekalan ubat anti-hipertensi yang berlaku di beberapa daerah di negeri ini.

Pada 4 Oktober lalu, Utusan Borneo menyiarkan aduan seorang penduduk Kampung Lentigi, Kota Belud yang meminta JKNS membuat pemantauan tentang masalah bekalan ubat yang berlaku di Hospital Kota Belud.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Jaimin, 69, berkata sekiranya benar berlaku masalah kekurangan bekalan ubat, isu itu perlu ditangani segera agar tidak menyusahka­n penduduk kampung yang terpaksa berulang-alik dari kampung ke pekan hanya untuk mendapatka­n bekalan ubat. Namun apabila tiba di hospital, mereka diminta ke klinik swasta untuk membeli ubat yang diperlukan.

“Ia memang tidak munasabah kerana bagaimana hospital besar boleh mengalami kehabisan bekalan ubat. Jika dahulu, pesakit dibekalkan ubat untuk sebulan kini, kami diminta untuk datang pada setiap dua minggu.

“Jika pesakit tidak berpendapa­tan tetap bagaimana, kami mahu berulang-alik setiap dua minggu dan kemudian perlu mengeluark­an perbelanja­an sendiri bagi membeli ubat di farmasi.

“Oleh itu, saya meminta pihak JKNS mengambil serius permasalah­an yang dihadapi masyarakat tempatan di sini,” katanya.

 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia