Utusan Borneo (Sabah)

Pusat pemeriksaa­n laut Esszone

Untuk kawal kegiatan perairan sempadan negara

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN menerima peralatan sebelum membuat gimik perasmian.

LAHAD DATU: Pusat pemeriksaa­n di laut Zon Selamat Timur Sabah (Esszone)akandilaks­anakan selepas dilulus dan digazetkan di persidanga­n Parlimen akan datang.

Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Datuk Hazani Ghazali berkata kertas cadangan mengenai pewujudan pusat itu kini telah dihantar kepada PejabatPeg­uamNegarau­ntuk semakan sebelum ke proses seterusnya di Parlimen.

Katanya, apabila dilaksanak­an kelak, ia akan memperkuku­hkanpenuga­san Esscom di kawasan laut seperti memeriksa kegiatan kapal-kapal dagang dan mengekang jenayah rentas sempadan.

“Kita akan laksanakan ‘sea checkpoint’ (pusat pemeriksaa­n di laut) ini dengan teratur seperti yang sudah dirancang dengan Majlis Keselamata­n Negara, agensi kerajaan Pusat dan DCP DATUK HAZANI GHAZALI

Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom)

negeri,” katanya kepada selepas merasmikan Program Semarak Rakyat Bersama Esscom, Sabah Tanah Airku Peringkat Lahad Datu di Dewan Tun Mustapha, di

sini pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Noor Alam Khan A Wahid Khan, Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali dan Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Ir Rajesh Mohd Yusuf.

Hazani ketika mengulas perkembang­an terkini setelah tangkapana­nggotaKump­ulan Abu Sayaf berkata keadaan kembali tenang serta terkawal dan masyarakat tidak perlu bimbang mengenainy­a lagi.

Menurutnya suspek yang ditahan itu menyusup masuk ke Sabah lebih awal sebelum kejadian serangan di Marawi, Filipina Selatan.

“Keadaan tenang dan terkawal sekarang selepas pasukan keselamata­n bertindak melalui tangkapan ke atas anggota Abu Sayyaf di Kuala Lumpur dan Sabah bulan lalu.

“Mereka yang memiliki kad pengenalan diri palsu telah menyusup keluar ke Semenanjun­g Malaysia dan mendapatka­n pekerjaan di

“Kita akan laksanakan ‘sea checkpoint’ (pusat pemeriksaa­n di laut) ini dengan teratur seperti yang sudah dirancang dengan Majlis Keselamata­n Negara, agensi kerajaan Pusat ” dan negeri

HAZANI

sana,” katanya.

Beliau turut mengulas kerjasama pegawai daerah di daerah-daerah Esszone terhadap penugasan Esscom.

Menurutnya, kerjasama yang baik antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Esscom telah mendorong keberkesan­an penugasan meningkatk­an kawalan keselamata­n di Esszone.

Katanya, PBT yang diketuai pegawai daerah telah memberi kerjasama yang sebaiknya khususnya dalam kerjasama memastikan penugasan dilaksanak­an berdasarka­n peraturanp­eraturan PBT sedia ada.

“Saya memuji sokongan semua pegawai daerah di Esszone yang dengan sepenuhnya telah memberi kerjasama.

“Kerjasama ini telah dilaksanak­an dan kita menjalanka­n tugas dengan tidak melanggar manamana peraturan. Semua yang dilaksanak­an adalah berdasarka­n peraturan yang ada,” katanya.

Hazani berkata, kerjasama itu perlu diteruskan bagi memperkasa­kan lagi penugasan penguatkua­saan keselamata­n Esscom khususnya di 10 daerah Eszone iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatang­an, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

 ??  ??
 ??  ?? HAZANI menyempurn­akan gimik perasmian diperhatik­an Noor Alam (kiri), Iman (dua dari kiri dan Rajesh (lima dari kiri).
HAZANI menyempurn­akan gimik perasmian diperhatik­an Noor Alam (kiri), Iman (dua dari kiri dan Rajesh (lima dari kiri).
 ??  ?? PASUKAN keselamata­n membawa masuk peralatan gimik perasmian.
PASUKAN keselamata­n membawa masuk peralatan gimik perasmian.
 ??  ?? ANTARA pemimpin masyarakat yang turut hadir pada majlis itu.
ANTARA pemimpin masyarakat yang turut hadir pada majlis itu.
 ??  ?? HAZANI (tiga dari kanan), rajesh, Noor Alam dan Iman.
HAZANI (tiga dari kanan), rajesh, Noor Alam dan Iman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia