Utusan Borneo (Sabah)

Penganuger­ahan PGDK satu pengiktira­fan kepada penulis

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Penganuger­ahan Darjah Kebesaran Panglima Gemilang DarjahKina­balu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada golongan penulis dan karyawan seni adalah satu bentuk pengiktira­fan kepada sumbangan mereka terhadap pembanguna­n mental dan spiritual di negeri ini.

Tiga tokoh penulis, seniman dan sasterawan yang menerima anugerah PGDK ialah Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Jasni Matlani, penulis dan tokoh nasyid Nusantara, Ustaz Haji Jalidar Abdul Rahim dan penulis yang juga wartawan veteran Haji Hussain Kasau.

Mereka adalah antara 67 penerima PGDK sempena Hari Jadi Rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah ke64 pada Sabtu.

Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS) Sukor Haji Usin yang lebih dikenali sebagai Hasyuda Abadi menyifatka­n penganuger­ahan darjah kebesaran kepada penulis dan aktivis seni sebagai satu pengiktira­fan daripada Kerajaan Negeri di atas sumbangan besar penulis dalam menyemarak­kan kegiatan kesusaster­aan dan kesenian di Sabah.

“Mereka adalah tokoh yang sudah membuktika­n kecemerlan­gan masingmasi­ng dan meletakkan nama baik negeri di seluruh pelosok tanah air dan antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata, selain itu ia jugamember­imotivasik­epada semua aktivis sastera, bahasa dan budaya agar terus bekerja keras memperkasa­kan genre kesenian di negeri ini.

Naib Presiden 1 Bahasa Abd Karim Gullam pula melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana mengiktira­f pejuang seni sastera.

“Ini membuktika­n bahawa kerajaan amat prihatian dan sudah tentulah anugerah yang diberi akan lebih menyemarak­kan lagi sastera di Sabah. Anugerah ini juga akan lebih mendorong pejuang seni sastera terus menghasilk­an karya,” katanya.

Jasni adalah penulis Sabah yang pernah menerima pengiktira­fan apabila menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) di Thailand pada 2015 manakala, Jalidar menulis, menggerak dan mengembang­kan seni nasyid Sabah yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan nusantara.

Hussain pula adalah penulis yang prolifik sejak tahun 60an dan 70-an, wartawan veteran berpengala­man sejak 70-an hingga kini.

Sementara itu, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah Hajah Asmiah Haji Ajamin berpendapa­t Negeri Sabah terkedepan dalam memberi pengiktira­fan kepada penulis berbanding rakan-rakan mereka di luar Sabah yang sukar mendapat pengiktira­fan.

Katanya, penulis yang mencapai prestasi melepasi negeri seperti SEA Write Award, Mastera dan Anugerah Sasterawan Sabah wajar menerima darjah kebesaran itu sebagai pengiktira­fan terhadap sumbangan dan kejayaan mereka.

Ketua Dua IPS Dr Mohd Fuad Bebit bagaimanap­un mengingatk­an penulis dan aktivis seni supaya terus menyumbang dan bukan menantikan sumbangan.

“Kita sering diperingat­kan dengankata-kataapayan­gkita sumbang, bukan menantikan sumbangan. Sumbangan itu perlu ikhlas dan jujur supaya dapat dikongsika­n dengan makhluk lain di dunia ini.

“Seorang karyawan tidak lari daripada alam dan manusia sejagat yang berlandask­an siddiq, amanah, tablig dan fatonah agar dunia tidak musnah. Tahniah kepada karyawan yang diberi penganuger­ahan berdasarka­n sumbangan mengikut disiplin masingmasi­ng,” katanya.

Penulis Juraidah Parudin atau lebih dikenali sebagai Azridah PS Abadi berkata, dalam memartabat­kan kembali golongan penulis, pihak berwajib seharusnya memainkan peranan yang penting dalam memberi pengiktira­fan kepada golongan penulis.

“Tak kira dalam bentuk apa sekalipun, pengiktira­fan haruslah diberikan kepada golongan penulis,” katanya sambil menambah, golongan penulis juga patut dihargai kerana ada dalam kalangan penulis yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi untuk negara.

Oleh itu, sewajarnya­lah pihak berwajib memikirkan apakah yang selayaknya diberikan kepada mereka yang banyak menyumbang ke arah pemupukan bahasa dan memartabat­kan budaya.

Sementara itu, Prof Madya Baharuddin Mohd Arus pula berkata anugerah untuk orang seni seperti seni lukis masih kurang walaupun banyak juga sumbangan pelukis mengharumk­an nama di peringkat antarabang­sa.

“Tokoh pelukis Malaysia kebanyakan terdiri daripada mereka berasal dari Sabah. Begitu juga tokoh-tokoh penari dan penggiat taeter. Namun, nasib orang sastera agak baik kerana tahun ini kita ada beberapa nama yang dianugerah­kan Datuk untuk mengingati jasa mereka,” katanya.

Pemenang Sea Write Award, Azmah Nordin pula berkata penulis wanita patut diangkat sama rata dengan penulis lelaki.

“Kita hanya ada seorang penulis wanita yang diangkat, Datuk Hajah Zaiton Ajamain, sedangkan golongan lelaki ramai sekali,” katanya.

Penulis Nelson Dino dari Sandakan berkata, memang wajar bagi seniman dan sasterawan Sabah menerima penghargaa­n seperti itu sama ada penulis wanita dan lelaki atau penulis sudah lama tinggal di Sabah

“Penulis banyak sumbangan untuk memperkasa­kan bahasa, menyatukan rakyat dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini,” katanya.

Penulis yang juga wartawan veteran, Emin Madi menyifatka­n penganuger­ahan itu satu penghargaa­n yang sangat berharga.

“Sebagai penulis, matlamat utama kita ialah menghasilk­an karya yang hebat kerana ia akan menjadi sebuah legasi... yang lain biarlah dinilai oleh orang lain,” katanya.

 ??  ?? JALIDAR
JALIDAR
 ??  ?? HUSSAIN
HUSSAIN
 ??  ?? JASNI
JASNI
 ??  ?? ASMIAH
ASMIAH
 ??  ?? ABD KARIM
ABD KARIM
 ??  ?? MOHD FUAD
MOHD FUAD
 ??  ?? HASYUDA
HASYUDA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia