Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki diarah bela diri

Pindah 21 batang balak dari hutan simpan

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki diperintah­kan membela diri di Mahkamah Sesyen di sini bermula pada Rabu, atas pertuduhan menjalanka­n kerja-kerja memindahka­n balak sebanyak 21 batang dari hutan simpan.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad membuat keputusan itu terhadap Lukman Sulaiman, 33, selepas kes berkenaan berakhir di peringkat pendakwaan.

“Setelah meneliti keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan dan semua bukti, saya mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh,” katanya.

Dalam pada itu, peguam Timothy Daut memberitah­u tertuduh akan memberikan keterangan bersumpah di dalam kandang saksi.

Mengikut pertuduhan, Lukman tanpa mendapat kebenaran memindahka­n pelbagai jenis saiz dan spesies pokok dari Hutan Simpan Batu Punggul Kelas IV.

Kesalahan dilakukan pada 2 hingga 4 November tahun lalu jam 8 pagi hingga jam 5 petang, di kawasan tanah kerajaan Kampung Tataluan Sapulut Nabawan.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 20 (2) Enakmen Hutan 1968, denda maksimum RM50,000 dan penjara antara setahun hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraa­n lapan saksi dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk memberikan keterangan.

Pegawai Pendakwa Peter Jack dari Jabatan Perhutanan melakukan pendakwaan terbabit dan dibantu Pegawai Penyiasat Donny Jailis.

Di Kuala Lumpur, akibat mencederak­an seorang pengurus kedai aiskrim dengan cara menendang muka, seorang pemandu GrabCar didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhi hukuman itu terhadap Muhammad Rafi Zaidi , 30, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mendatangk­an cedera kepada Muhammad Hazmi Rasyid Mohamad, 27, dengan menendang muka lelaki itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat

“Setelah meneliti keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan dan semua bukti, saya mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap ” tertuduh. AINUL SHAHRIN MOHAMAD Hakim Mahkamah Sesyen

beli-belah di Medan Syed Putra Utara, Brickfield­s di sini pada 5 petang, 21 April lepas,mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau keduaduany­a.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Dia membayar denda itu.

Muhammad Rafi diwakili peguam Zulkifli Awang manakala pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin.

 ??  ?? LUKMAN (kiri) mendengar penjelasan Timothy.
LUKMAN (kiri) mendengar penjelasan Timothy.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia