Utusan Borneo (Sabah)

Kaunter van bergerak tingkat kutipan zakat

-

LABUAN: Kaunter Zakat Van BergerakPu­satPunguta­nZakat (PPZ) Wilayah Persekutua­n Labuan dijangka mampu meningkatk­an kutipan zakat pada masa akan datang.

Pengerusi PPZ Wilayah Persekutua­n Datuk Che Mat Che Ali berkata, kaunter itu bukan sahaja mampu membantu memudahkan orang ramai untuk membayar zakat, malah ia juga berperanan membantu PPZ mewarwarka­n dakwah zakat dengan lebih meluas.

“Antara kemudahan yang disediakan oleh kaunter zakat ini termasukla­h taksiran zakat, pertanyaan zakat, skim potongan gaji zakat (Skim Thohir) dan pembayaran zakat secara tunai atau cek, kad kredit dan kad debit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Kaunter Zakat Van Bergerak dan Seminar Zakat PPZ-MAIWP yang disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, di sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZMAIWP Haji Mohd Rais Haji Alias, Pengurus Majlis Wilayah Persekutua­n Labuan Ustaz Ahmad Saifuddin Mat Tahir dan Pengurus PPZ Wilayah Persekutua­n Labuan Ustaz Ahmad Sharizal Mohd Saffian.

Che Mat berkata, kaunter zakat bagi PPZ Wilayah Persekutua­n Labuan adalah kaunter van bergerak yang kelimadiWi­layahPerse­kutuan, selepas empat diperuntuk­kan di PPZ Kuala Lumpur.

Turut diadakan Seminar Zakat bertemakan ‘Harta Barakah, Perkasa Ummah’ yang disampaika­n oleh dua penceramah jemputan.

Mereka ialah Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, yang menyampaik­an ceramah ‘Perlu Kaya Baru Berzakat’ dan Ustaz Mohd Fauzi Mustafa bersama Man Raja Lawak dengan ceramah bertajuk ‘Booking Syurga Dengan Harta’.

 ??  ?? ROZMAN melancarka­n kaunter van bergerak berkenaan.
ROZMAN melancarka­n kaunter van bergerak berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia