Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Kimia beri manfaat kepada pelajar

-

LABUAN: Institut Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan WP Labuan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Labuan dan Perbadanan Labuan telah menganjurk­anKarnival­Kimia (K2M) 2017 Peringkat Negeri Sabah dan Labuan di Dewan Kolej Matrikulas­i Labuan pada Sabtu.

Program yang julung kalinya diadakan di Wilayah Persekutua­n Labuan itu bertujuan memberikan pendedahan tentang kimia dalam kehidupan seharian.

Bersandark­an tema, ‘Sustainabi­lity & Diversity through Chemistry’, K2M menghubung­kaitkan kimia dengan beberapa aspek kehidupan seperti makanan dan pemakanan, air dan tenaga serta persekitar­an dan perubahan iklim.

Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanak­an untuk mencapai empat matlamat utama iaitu meningkatk­an kesedaran orang awam terhadap keupayaan bidang kimia dalam memenuhi keperluan dunia, menggalakk­an minat bidang kimia dalam kalangan generasi muda, menjana keghairaha­n demi kreativiti masa hadapan untuk bidang kimia dan meraikan pencapaian Marie Curie serta sumbangan wanita dalam bidang kimia.

Karnival sehari itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Bashir Alias.

Turut hadir, Pengerusi Institut Kimia Malaysia Cawangan Sabah Dr Jenny Lee, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandara­n) Perbadanan Labuan Haji Rithuan Haji Mohd Ismail dan Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Labuan Norismah Ab Moin.

 ??  ?? BASHIR (empat kanan) merasmikan Karnival Kimia 2017 Peringkat Negeri Sabah dan Labuan.
BASHIR (empat kanan) merasmikan Karnival Kimia 2017 Peringkat Negeri Sabah dan Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia