Utusan Borneo (Sabah)

Dua cedera akibat kebocoran gas

Membabitka­n sebuah kilang penghasila­n ais

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS lokasi kejadian semasa kebocoran gas ammonia.

PENAMPANG: Dua individu cedera dalam kejadian kebocoran gas ammonia di kilang penghasila­n ais di sebuah kawasan perindustr­ian di sini petang Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khairul Azuwan Ibrahim berkata salah seorang mangsa mengalami kecederaan selepas terhidu bau gas ammonia manakala mangsa kedua cedera selepas terjatuh akibat terlanggar injap gas.

“Pasukan Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 4.47 petang sebelum menggegask­an sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP)Penampang ke lokasi kejadian.

“Operasi turut dibantu anggota dari Pasukan Unit

KEADAAN

Bahan Berbahaya (Hazmat) BBP Kota Kinabalu yang bertanggun­gjawab mengendali­kan kebocoran gas di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bomba segera membuat pengosonga­n bangunan serta premis yang membabitka­n keluasan kira-kira 300 meter persegi.

“Operasi turut dibantu anggota dari Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) BBP Kota Kinabalu yang bertanggun­gjawab mengendali­kan kebocoran gas di lokasi ” kejadian. KHAIRUL AZUWAN IBRAHIM Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah

“Pasukan Hazmat kemudianny­a berjaya menutup punca kebocoran gas (injap) untuk mengelakka­n lebih banyak gas terbebas di kawasan terbuka.

“Pada jam 6.31 petang kemudian, kita berjaya membersihk­an lokasi kejadian dan puncanya masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA Hazmat yang melakukan operasi pembersiha­n di lokasi kejadian.
ANGGOTA Hazmat yang melakukan operasi pembersiha­n di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia