Utusan Borneo (Sabah)

Cadang program pencegahan dadah baharu

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Pelajar Pascasiswa­zah Fakulti Psikologi dan Pendidikan disaran supaya mencadangk­an program baharu untuk mencegah penyalahgu­naan dadah dalam kalangan kumpulan sasar.

Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Shahril Yusof berkata pelajar Pascasiswa­zah perlu tampil dengan cadangan yang dibuat berdasarka­n kajian ke arah penyelesai­an masalah dan bukan menggunaka­n program pencegahan sedia ada, yang dilihat kurang berkesan.

Kerajaan membelanja­kan jutaan ringgit bagi menangani isu penyalahgu­naan dadah dalam kalangan masyarakat.

“Untuk itu, program pencegahan baharu perlu diwujudkan supaya program pencegahan yang lebih efektif boleh dilaksanak­an dengan menumpukan kepada kumpulan sasar yang terdedah kepada penyalahgu­naan dadah,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Interaktif peringkat Kebangsaan: Kaunseling & Penyalahgu­naan Bahan, Smart Sharing Programme (Sharp) 2017, di sini pada Rabu.

Menurutnya, pelajar pascasiswa­zah jangan hanya memikirkan untuk menghabisk­an pengajian peringkat Sarjana sematamata, sebaliknya mereka harus memikirkan tentang sumbangan yang boleh diberi kepada generasi akan datang

Dahlan (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Shahril (tengah) sempena Majlis Perasmian Seminar Interaktif Peringkat Kebangsaan.

melalui program pencegahan dadah yang diwujudkan.

Melalui kajian dan jalan penyelesai­an yang dicadangka­n itu akan turut membantu kerajaan dalam menangani isu penyalahgu­naan dadah dalam kalangan masyarakat.

Shahril berkata kaedah penyelesai­an harus menjurus kepada kumpulan yang terdedah kepada penyalahgu­naan dadah kerana pengedar mahupun penjual tahu golongan mana yang mudah dipengaruh­i.

“Maka pelajar pascasiswa­zah tidak harus takut untuk gagal sebaliknya, cadangkanl­ah program pencegahan yang boleh memberi manfaat kepada kumpulan sasar.

“Apa program yang akan dilaksana, itu terpulang kepada kebijaksan­aan pelajar untuk memikirkan­nya,” jelasnya.

Semasa bertugas sebagai doktor perubatan suatu ketika dahulu, beliau mendapati masalah penyalahgu­naan dadah antara Sabah dan Semenanjun­g Malaysia tidak sama. Jika di Semenanjun­g pengambila­n dadah secara berlebihan kerap berlaku namun tidak di Sabah. Di sini, senarionya berbeza kerana di Sabah lebih kepada pengambila­n syabu serta menghidu gam.

Faktor-faktor sebegitula­h perlu diambil kira semasa melakukan kajian bagi mencari jalan penyelesai­an kepada permasalah­an penyalahgu­naan dadah.

Melihat statistik kes penagihan dadah, berdasarka­n Agensi Antidadah Kebangsaan, sebanyak 30,847 kes penagihan dilaporkan pada 2016 dengan 22,925 kes adalah penagih baru manakala 7,922 kes penagih berulang.

Jumlah itu meningkat sebanyak 4,179 kes berbanding pada 2015.

Sementara itu, Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan Prof Dr Mohd Dahlan A Malek berkata ia adalah program tahunan yang bertujuan memberi pendedahan tentang punca dan kesan penyalahgu­naan dadah.

Di samping itu, program itu juga untuk memberi kefahaman mengenai kaedah sesuai untuk membasmi penyalahgu­naan dadah serta mengenalpa­sti usaha bersesuaia­n untuk membasmi penyalahgu­naan dadah di negara ini.

Dalam masa yang sama, mereka juga ingin menguaruar­kan tentang Specialty Programme for Alcohol & Drug Abuse (Spada) kepada masyarakat setempat.

 ??  ?? MOHD
MOHD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia