Utusan Borneo (Sabah)

Tiga wanita warga asing ditahan

Dipercayai menjalanka­n aktiviti pelacuran

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS (Kanan)

KOTA KINABALU: Tiga wanita warga asing ditahan selepas gagal menunjukka­n sebarang dokumen semasa serbuan di beberapa pusat urut dan refleksolo­gi yang dipercayai menjalanka­n aktiviti pelacuran.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata operasi serbuan Ops Noda yang dilaksanak­an sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) dilakukan di kawasan pusat bandar bermula jam 5 hingga 6.30 petang Selasa.

“Hasil serbuan berjaya menahan tiga wanita warga Filipina berumur 23 hingga 40 tahun kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah serta tiada permit kerja.

“Ketiga-tiga suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1963,” katanya.

Menurutnya­operasiter­babit bukan sahaja dijalankan bagi mengesan kegiatan maksiat dan pelacuran malah pihaknya turut mengenalpa­sti pekerja asing di premis itu yang bekerja tanpa premit sah.

“Kita menjalanka­n lima serbuan dan pemeriksaa­n premis membabitka­n rumah urut dan refleksolo­gi di kawasan Api-Api Centre dan sekitar pusat bandar.

“Anggota kita hanya menahan tiga suspek terbabit dan tiada rampasan dilakukan dalam operasi ini,” katanya.

Chandra turut mengingatk­an orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti pelacuran serta jenayah untuk tindakan pencegahan, sama ada melalui panggilan telefon ataupun aplikasi ‘Volunteer Smartphone Patrol’.

 ??  ?? TIGA dokumen pengenalan diri suspek yang tidak sah. Api-Api Centre dan sekitar pusat bandar.
TIGA dokumen pengenalan diri suspek yang tidak sah. Api-Api Centre dan sekitar pusat bandar.
 ??  ?? Suspek yang ditahan di pusat urut dan refleksolo­gi di
Suspek yang ditahan di pusat urut dan refleksolo­gi di

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia