Utusan Borneo (Sabah)

Golongan LGBT juga punya hak asasi

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Biarpun Malaysia tidak mengenakan hukuman terhadap perkahwina­n sejenis di negara ini namun, ia tidak memberi keistimewa­an kepada golongan LGBT (lesbian, gay, bisexual & transgende­r) untuk mengadakan perkahwina­n sejenis.

Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (Suhakam) Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh berkata di pihak Suhakam, biarpun mereka tidak menyokong golongan LGBT namun, apabila berlaku diskrimina­si terhadap golongan itu dan hak asasi mereka dinafikan maka Suhakam perlu memainkan peranan.

Jika dilihat di seluruh dunia, 77 negara tidak menerima perkahwina­n sejenis dan tujuh negara mengenakan hukuman kepada mereka yang melakukan perkahwina­n sejenis.

Perkara itu turut dipersetuj­ui Pesuruhjay­a Suhakam Datuk Dr Aishah Bidin yang menyatakan walaupun transgende­r itu hak individu namun, jika penafian hak terhadap golongan LGBT berlaku, Suhakam akan bertindak campur tangan.

Apabila menerima aduan tentang kes diskrimina­si sekumpulan LGBT di Seremban, Suhakam menjalanka­n kajian terhadap 100 belia di Selangor dan mendapati diskrimina­si terhadap golongan itu memang berlaku.

Hakgolonga­nitudikete­pikan dalam soal pendidikan, perumahan dan pinjaman bank serta di tempat kerja.

“Suhakam memang tidak menyokong identiti mereka sebagai LGBT tetapi sekiranya golongan ini berdepan diskrimina­si sebagai manusia, kita akan campur tangan,” jelasnya ketika menjawab persoalan tentang peranan Suhakam dalam mempertaha­nkan hak golongan transgende­r di negara ini.

Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab ketika Ceramah Majlis Profesor Negara bertajuk ‘Hak Asasi Manusia di Malaysia’.

Biarpun berdepan diskrimina­si, hak golongan itu seharusnya dihormati.

Berkaitan pelaksanaa­n Hukum Hudud di Malaysia, Nik Salida berkata pelaksanaa­nnya tidak mudah kerana ia perlu memenuhi segala syarat dan pelaksanaa­n hukuman tidak meragukan.

Dalam pelaksanaa­n hukuman syariah, pelaksanaa­n hukumanjug­abukanbert­ujuan menghukum sebaliknya memberi pengajaran.

Mahkamah Syariah Sabah dijadikan contoh ataupun model kepada pelaksanaa­n hukuman sebatan mengikut undang-undang syariah. Ia berikutan pelaksanaa­n hukuman sebatan terbuka yang dilakukan di Tawau.

Jika dilihat, ia bukan sekadar 100 sebatan sebaliknya 200 sebatan juga boleh dilakukan kerana sebatan sebegitu bertujuanm­emberipeng­ajaran dan bukannya menghukum.

Berkenaan Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia yang dikenakan terhadap rakyat yang kritik pentadbira­n negara seperti isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan langkah Suhakam bagi membantu golongan sedemikian, Nik Salida berkata hak dan kebebasan menyuaraka­n pendapat tertakluk kepada Perlembaga­an Persekutua­n.

Terdapat batasan dan had tertentu dalam menyuaraka­n sesuatu pandangan berkaitan sebarang isu sama ada pentadbira­n, politik, sosial mahupun ekonomi.

“Sebagai rakyat, mungkin kita merasakan isu yang dikritik belum melebihi hadnya tetapi sekiranya pihak yang menerima komen merasakan kritikan itu boleh mengganggu ketenteram­an dan keharmonia­n negara, tindakan yang akan diambil terpulang kepada mereka yang menerima komen,” jelasnya.

Atas sebab itu, sekiranya ada medium yang lebih baik untuk mengutarak­an pandangan berkaitan sebarang isu yang berlaku dalam negara, ambil pendekatan menyuaraka­n pandangan mengikut undang-undang supaya kedua-dua pihak (yang mengkritik dan dikritik) berada dalam keadaan selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia