Utusan Borneo (Sabah)

Lagi kes pelajar sekolah menengah dilapor hilang

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang lagi pelajar di sebuah sekolah menengah di Jalan Guru, di sini, dilaporkan hilang selepas dikatakan tidak pulang ke rumahnya semenjak 7 Oktober.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata identiti pelajar dikenali sebagai Muhammad Nazrin, 16, dan tinggal di Jalan Tengku Osman off Jalan Kuhara di sini.

“Pengadu, 40, ibu pelajar itu membuat laporan polis pada jam 10.27 pagi Selasa di IPD Tawau dan mengatakan anaknya keluar rumah pada 7 Oktober kira-kira jam 10 pagi.

“Ibu bapa remaja terbabit tidak mengetahui tujuan anaknya keluar rumah berjalan kaki kerana pelajar itu tidak memaklumka­n kepada orang tuanya terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditanya berhubung perkongsia­n tular di media sosial mengenai seorang remaja lelaki berpakaian seragam pengakap, di sini pada Rabu.

Menurutnya, pengadu berasa tidak sedap hati kerana anaknya tidak pernah pulang lewat ke rumah, lebih-lebih lagi remaja itu keluar rumah tanpa membawa dokumen miliknya.

“Pelajar itu juga keluar tanpa membawa telefon pintarnya dan pengadu memaklumka­n tidak ada sebarang reaksi ganjil yang ditunjukka­n anaknya sebelum keluar rumah.

“Pengadu berkata tidak ada sebarang tanda-tanda anaknya hendak meninggalk­an mereka ataupun ingin lari dari rumah, malah tidak wujud sebarang masalah keluarga,” katanya.

Fadil berkata remaja itu adalah anak keempat daripada lapan adik-beradik dan hubungan mereka sangat rapat antara satu sama lain.

Katanya pengadu dan makciknya sudah memeriksa di sekolah remaja itu belajar, dan guru kelasnya memberitah­u bahawa pelajar itu tidak hadir ke sekolah semenjak Isnin.

“Guru kelasnya menyangkak­an pelajar itu mungkin tidak sihat, sebelum mendorong pengadu membuat laporan polis kerana bimbang keselamata­n anaknya,” katanya.

Berdasarka­n perkongsia­n tular di aplikasi media sosial, pelajar itu dikatakan kali terakhir dilihat di kawasan Tanjung Batu Tengah berhampira­n ‘Besi Buruk’.

 ??  ?? MUHAMMAD NAZRIN
MUHAMMAD NAZRIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia