Utusan Borneo (Sabah)

Fama mahu serap budaya berniaga dan pertanian moden dalam kalangan mahasiswa

-

PORT DICKSON: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) sedang giat menerapkan budaya berniaga dan pertanian moden dalam kalangan mahasiswa, sebagai usaha menambah pengeluara­n makanan dalam negara.

Pengerusin­ya Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengurangk­an import bahan makanan dan menstabilk­an harga bahan mentah di pasaran tempatan.

“Fama akan membantu para graduan dengan bantuan kewangan dan bimbingan supaya mereka tahu sedikit sebanyak ilmu dalam perniagaan, lebih-lebih lagi dalam sektor makanan kerana ia mempunyai pasaran serta keperluan tinggi dan boleh dipasarkan ke seluruh dunia.

“Jika negara kita mempunyai banyak keluaran terutama dari segi makanan, secara tidak langsung harga barang akan menjadi stabil, secara tidak langsung rakyat akanmendap­atfaedahda­nanak muda ini dapat memajukan perniagaan mereka (kelak),” katanya dalam sidang media di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian selepas Program Keusahawan­an Chillax TN50 Siswaprene­ur Mega Sale MYAGROSIS dan My BestBuy di Politeknik Port Dickson.

Turut hadir Pengarah Fama negeri Muslim Manja dan Pengarah Politeknik Port Dickson Roslee Yahya.

Badruddin berharap lebih ramai mahasiswa mendekati Fama untuk bersama memajukan diri dalam bidang perniagaan serta memanfaatk­an peluang yang ada, seperti mendapatka­n dana yang diperuntuk­kan kerajaan melalui Fama.

“Kami memberi jaminan pada peringkat awal para peniaga dan petani muda akan mendapat pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan dan jika tidak mencapai sasaran tersebut kami meneliti masalah mereka dan akan membimbing dengan memeriksa kekurangan dan kelemahan dalam perniagaan tersebut,” katanya.

Bagi anak muda yang berasal dari kampung, mereka lebih memilih untuk menceburi bidang pertanian manakala mereka yang berasal dari bandar pula lebih meminati perusahaan makanan,” katanya.

Badruddin berkata sejak dilancarka­n pada Disember 2011, seramai 31,379 mahasiswa daripada 106 Institusi Pengajian Tinggi telah menyertai Kelab Usahawan Siswazah Tani (MYAGROSIS).

Seramai 300 pelajar dan kakitangan Politeknik Port Dickson turut sama dalam sesi dialog bersama Badruddin, yang antara lain berkongsi pendapat berkenaan sektor pertanian dalam negara dan peluang sedia ada. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia