Utusan Borneo (Sabah)

53 nelayan termasuk warga Thailand ditahan Jabatan Perikanan Kedah

-

ALOR SETAR: Jabatan Perikanan Kedah menahan 53 nelayan termasuk dua warga Thailand sepanjang Operasi Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (MCS) sejak Rabu lepas sehingga Selasa di perairan Kedah utara dan Pulau Langkawi.

Pengarahny­a Abdul Halim Marzuki berkata kesemua nelayan yang berumur antara 30 hingga 50 tahun itu ditahan kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan.

Beliau berkata antara kesalahan dilakukan itu adalah melanggar syarat lesen penangkapa­n ikan iaitu menceroboh zon tradisiona­l perairan Zon A dan menangkap spesies ikan yang tidak dibenarkan dalam syarat lesen serta menangkap ikan tanpa lesen menggunaka­n peralatan dilarang.

“Hasil aduan nelayan setempat, kita telah berjaya merampas 1.6 metrik tan (1,600 kilogram) hasil tangkapan yang bernilai RM5,000 membabitka­n ikan bilis dan spesies anak ikan yang mempunyai nilai komersial tinggi dari enam buah bot yang ditahan.

“Sepanjang operasi selama tujuh hari itu, kita telah menyita tiga buat bot pukat tunda Zon B1, dua bot pukat jerut bilis, sebuah sampan tidak berlesen bersama peralatan rawa surong dan satu set peralatan pukat tunda haram,” katanya pada sidang media di Pengkalan Perlindung­an Sumber, Kuala Kedah dekat sini, pada Rabu.

Abdul Halim berkata hasil siasatan mendapati nelayan itu menggunaka­n taktik menjalanka­n aktiviti penangkapa­n pada waktu malam selain menjalanka­n aktiviti penjualan hasil tangkapan di tengah laut bagi mengelak daripada dikesan pihak penguat kuasa.

“Semua kesalahan dikompaun minimum sebanyak RM500 atau tidak melebihi RM20,000 atau didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 25, Seksyen 26 dan Seksyen 31 Akta Perikanan 1985 atau digantung lesen,” katanya.

Beliau berkata kesemua nelayan yang ditahan itu telah dibebaskan dengan jaminan serta lesen mereka digantung manakala hasil yang dirampas akan dilelong.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia