Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan hidupan marin

Pencinta alam sekitar mahu isu sampah diselesaik­an

- - Artikel sumbangan Jabatan Penerangan

SEBAGAI pencinta alam sekitar dan seorang penyelam yang berpengala­man, Rudy Matahari, 51, sangat memandang serius isu sampah yang hanyut di lautan lepas. Beliau turut berkongsi beberapa pengalaman yang ditempuhin­ya saat menyelam ke dasar laut.

“Saya pernah lihat ikan dan udang kara tersangkut di pukat yang dibuang oleh nelayan kemungkina­n sebab pukat itu tersangkut di batu karang, jadi mereka akan tinggalkan saja.

“Ada juga ikan yang cedera ditembak atau mulutnya masih tersangkut tangsi kemungkina­n terlepas ketika dipancing. Jadi, sebagai penyelam kami akan bantu lepaskan ikan-ikan itu dan kemudian buang pukat di darat,” katanya.

Beliau berkata, spesies terumbu karang sememangny­a banyak pemusnah antaranya penggunaan sodium cyanide yang digunakan untuk mengebom ikan, apatah lagi apabila tiba musim tapak sulaiman yang menjadikan batu karang sebagai makanan.

“Seekor tapak sulaiman berkeboleh­an untuk memusnahka­n kawasan terumbu karang seluas 10 meter persegi dalam setahun. Kita perlu tahu, apabila tapak sulaiman sudah wujud, maka bererti laut sudah tercemar.

“Laut tercemar adakalanya disebabkan baja yang digunakan oleh petani untuk menanam sayur dihanyutka­n oleh hujan air ke laut mengakibat­kan sejenis tumbuhan di laut menjadi subur menjadikan fenomena laut merah.

“Batu karang nampak seperti batu, tapi ia adalah haiwan, pertumbuha­n batu karang ini sebenarnya sangat perlahan. Dalam setahun dia hanya membesar 1.4cm tapi dimusnahka­n dalam sekelip mata,” kata Rudy yang jelas sangat kecewa.

Begitu juga isu sampah yang memenuhi Sungai Likas dan hanyut ke laut lepas acapkali menimbulka­n pertelagah­an dan sikap saling menuding jari antara penduduk sekitar dan penghuni Pulau Gaya.

“Saya sendiri tinggal di Pulau Gaya dan permasalah­an sampah ini memang membuatkan saya sendiri sakit hati. Saya tidak menyebelah­i penduduk di pulau kerana sedikit sebanyak memang mereka turut membuang sampah.

“Tetapi, adalah tidak adil jika penduduk pulau dipersalah­kan 100 peratus kerana kebanyakan sampah juga adalah dari daratan

sebab apabila air pasang, sampah akan naik mengikut arus dan apabila ia surut ia akan terus ke laut,” jelasnya.

Beliau berharap penduduk pulau tidak dipersalah­kan sepenuhnya kerana jika diteliti, sampah-sampah yang hanyut setiap hari adalah daripada barangan yang bernilai yang tidak mampu dibeli oleh penduduk pulau yang ratarata berpendapa­tan rendah.

Kata Rudy, ketika menjadi pemandu pelancong, isu itu pernah ditanyakan kepadanya oleh pelancong luar hingga beliau berasa malu untuk menjawab.

“Kita cari jalan untuk mengatasi masalah sampah. Ada baiknya berhenti menuding jari, hentikan pertelagah­an dan cari jalan penyelesai­an kerana kehidupan marin semakin tercemar dan musnah,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini ada pihak yang memasang penghadang untuk memerangka­p sampah, tetapi apabila sampah banyak terperangk­ap, ia menjadi berat dan akhirnya jatuh ke bawah, ia kerana tiada petugas yang memantau dan memungut sampah itu.

“Ada kalanya saya menganjurk­an pembersiha­n di dasar laut Pulau Sapi yang memakan masa selama tiga hari serta menjemput penyelam dengan mengenakan bayaran minimum.

“Kepada bukan penyelam pula, akan berada di pantai dan membersihk­an kawasan pesisir. Hasil daripada kerjasama itu, hampir separuh bot dipenuhi sampah dapat dikumpul setiap hari.

“Saya sering mahu buat jika ada pihak mahu menaja. Biasanya kalau buat sendiri saya akan uar-uarkan di Facebook. Kalau ada agensi yang sudi, sebaiknya dilakukan dua kali setahun,” katanya.

Sementara itu, Mayor Bandaraya

Kota Kinabalu

Datuk Yeo

Boon

Hai

berkata DBKK telah memulakan satu projek kasih sayang di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya antaranya, Pusat Kitar Semula bagi mengatasi masalah sampah di pulau itu sejak sekian lama.

“Tiga komponen telah selesai dibina iaitu jeti, bilik kuliah dan seterusnya disimenkan agar boleh digunakan oleh anak-anak kampung untuk aktiviti sukan.

“Di jeti itu akan dibina Pusat Kitar Semula yang dianggarka­n akan siap pada Disember nanti dan akan dapat digunakan sepenuhnya pada Januari tahun depan,” ujarnya.

Tambahnya, pada 17 dan 18 Oktober ini, DBKK akan membawa 10 penduduk Lok Urai bersama 11 peserta lain untuk melawat Pulau Ketam, Klang dan melihat kejayaan mereka mengitar semula plastik serta sampah di pulau itu.

Katanya, sempena Hari Alam Sekitar pada 21 Oktober pula, DBKK akan bekerjasam­a dengan Jabatan Alam Sekitar dan juga Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar untuk melancarka­n program kesedaran di Dataran Deasoka, yang dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri.

“Seterusnya, pada 23 Oktober pula, satu bengkel khas Kempen Kebersihan Seluruh Kota Kinabalu akan diadakan dengan menjemput pihak Dewan Bandaraya Pulau Pinang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak untuk berkongsi pengalaman mereka menjaga kebersihan dan mengurangk­an penggunaan plastik.

“Projek kitar semula di tiga kawasan perumahan iaitu Taman Jindo, Taman Greenview dan Kondominiu­m Alam Damai juga dijalankan untuk memisahkan sampah-sampah dan satu dasar akan digubal sekiranya berjaya sebelum dilaksanak­an di kawasan lain pula.

“Kami akan berikan insentif kepada yang berjaya laksanakan projek ini dengan penguranga­n pungutan cukai sebagai galakan penyertaan,” katanya.

Menurutnya, Pembersiha­n Bandaraya Kota Kinabalu juga mendapat kerjasama yang baik daripada badan bukan kerajaan, kolej swasta dan juga Jabatan Penjara.

Selain itu, perjanjian bersama dua lagi institusi iaitu Universiti Malaysia Sabah dan dan World Wild Fund for Nature

(WWF) turut dibuat dalam menangani masalah plastik dan sampah sarap di Sungai Inanam dan Sungai Likas.

“Ini akan dilaksanak­an sebelum hujung tahun ini dan kita boleh buat beberapa projek untuk menghalang sampah sampai ke laut.

“Kami akan kempen dari rumah ke rumah di sekitar perairan dan membuat lebih banyak tempat untuk membuang sampah di darat supaya mereka tidak buang di air dan seterusnya hanyut di laut.

“Setelah semua ini dibuat barulah kami buat penguatkua­saan untuk menghukum mereka, jika mereka masih juga tidak bekerjasam­a kami akan merobohkan rumah di kawasan setinggan.

“Ini bagi memastikan tiada masalah sampah di laut hingga mengakibat­kan hidupan di laut mati dan memberi kesan negatif kepada pelanconga­n dan saya rasa ini memang satu cabaran untuk menjaga kebersihan di Kota Kinabalu,” katanya.

 ??  ?? RUDY (kanan) turut menjelaska­n kepentinga­n menjaga kehidupan marin kepada penyelam yang belajar daripadany­a. PARA penyelam tidak akan dapat menikmati keindahan terumbu karang jika air laut tercemar.
RUDY (kanan) turut menjelaska­n kepentinga­n menjaga kehidupan marin kepada penyelam yang belajar daripadany­a. PARA penyelam tidak akan dapat menikmati keindahan terumbu karang jika air laut tercemar.
 ??  ?? YEO
YEO
 ??  ?? KELUARGA dapat beriadah di Pulau Sapi yang bersih daripada sampah jika Kempen Pembersiha­n Dasar Laut kerap dilakukan.
KELUARGA dapat beriadah di Pulau Sapi yang bersih daripada sampah jika Kempen Pembersiha­n Dasar Laut kerap dilakukan.
 ??  ?? HAMPARAN sampah di Pulau Gaya yang mencacatka­n pemandanga­n.
HAMPARAN sampah di Pulau Gaya yang mencacatka­n pemandanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia