Utusan Borneo (Sabah)

Tarikan pengunjung ke Tasik Kenyir, berpeluang bermain dengan kelah di Santuari Ikan Kelah (SIK)

Berpeluang bermain dengan kelah di Santuari Ikan Kelah (SIK)

-

HARGA sekilo ikan ini yang masih hidup boleh mencecah sehingga RM1,000 sekilogram sementara harga hidangan ikan yang sama di restoran biasanya tidak kurang daripada RM100 sekilogram.

Itulah nilai ikan kelah yang turut digelar ‘Raja Sungai’ oleh kebanyakan orang termasuk kaki pancing.

Ikan ini juga terkenal dengan kelasakann­ya berenang lincah di celahcelah batu dalam arus sungai yang deras, membuktika­n ia sememangny­a ‘raja’ ikan air tawar.

Bagi para pemancing, keseronoka­n ‘bertarung’ dengan kelah adalah antara pengalaman yang sentiasa diidamkan.

Kekuatan ikan kelah melawan setiap tarik dan henjut pemancing serta kebijaksan­aannya menggunaka­n keadaan sekeliling untuk melepaskan diri daripada mata kail membuat ramai pemancing yang akhirnya terpaksa menggigit jari kepasrahan apabila tewas.

Di sebalik kehebatan sang raja, ia tidak terlepas daripada ancaman kepupusan akibat angkara manusia. Kemusnahan alam sekitar dan tangkapan secara tidak terkawal adalah dua faktor utama menyumbang kepada keadaan ini.

SANTUARI KELAH

Menyedari ancaman yang semakin hari semakin teruk ke atas spesies ikan ini, Lembaga Pembanguna­n Terengganu Tengah (Ketengah) membangunk­an tempat perlindung­an dikenali sebagai Santuari Ikan Kelah (SIK) di Lubuk Kejor, Sungai Petang yang terletak dalam kawasan Tasik Kenyir.

Mula diusahakan pada Januari 2006, santuari ini kemudianny­a dibuka kepada orang ramai pada 15 Okt, 2008 untuk memberi peluang kepada masyarakat melihat sendiri habitat ikan kelah ini.

Bagaimanap­un, santuari ini ditutup pada setiap musim tengkujuh iaitu November hingga Februari setiap tahun demi keselamata­n pengunjung kerana sepanjang tempoh itu paras air sungai meningkat dan boleh berlaku banjir.

Selain itu, inilah juga musim untuk ikan ini berenang menongkah arus ke muara sungai dan bertelur.

Di SIK, ribuan kelah hidup bebas tanpa ancaman nafsu rakus manusia yang mahu menangkap ikan berkenaan atau merosakkan habitat mereka.

PERATURAN DEMI PERLINDUNG­AN

Meskipun orang ramai boleh mengunjung­i santuari ini dan merasai sendiri pengalaman bermesra dengan ribuan kelah yang ada tetapi mereka dilarang sama sekali daripada menangkap atau memancing ikan itu.

Perlu diperingat­kan, semua ikan kelah di santuari ini dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perikanan 1985, Kaedah-Kaedah Perikanan Darat Terengganu 1988 (Kaedah 21).

Di bawah Akta itu, manamana orang yang didapati menangkap, membunuh dan memiliki ikan dalam kawasan tutup yang dinyatakan jika sabit kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dengan perintah pegawai perikanan darat.

Dalam masa yang sama, demi menjaga kebajikan ikan di santuari itu, ia hanya dibuka untuk kunjungan 100 pengunjung sahaja untuk pada satu-satu hari.

Kuota 80 orang diberi untuk pengunjung yang membuat tempahan awal dan selebihnya untuk pengunjung yang datang tanpa membuat tempahan.

Waktu lawatan bermula 9.00 pagi hingga 12 tengah hari sahaja setiap hari.

“Peraturan ini dibuat demi kebajikan ikan itu sendiri. Kita tidak mahu ia berasa tertekan dengan kehadiran terlalu ramai pengunjung. Lagi pun tempat ini sebenarnya dibuat untuk ikan-ikan itu. Kita hanyalah pelawat yang datang dan pergi tetapi ikan-ikan itu akan terus kekal di sini,” kata Mohd Fauzi Adullah dari Unit Penguatkua­saan Ketengah yang bertugas sewaktu kunjungan penulis ke SIK pada pertengaha­n September lepas.

Tiket ke santuari dijual pada harga RM10 bagi setiap pengunjung. Tempahan boleh dibuat melalui syarikat Kenyir Travel and Tours Sdn. Bhd di talian 09-622 1276. Syarikat itu adalah ejen rasmi pakej pelanconga­n dan pengeluran permit kemasukan pelancong ke santuari ini.

BINA KEPERCAYAA­N

Bagi yang mengenali kelah, pasti faham dengan sifat ikan ini yang bukan sembaranga­n menunjukka­n diri. Bahkan bagi sesetengah pemancing air tawar, mereka sanggup meredah hutan, mendaki bukit dan berkhemah berhari-hari di tengah hutan semata-mata untuk bertentang mata dengan sang raja itu.

Jika diperhatik­an betulbetul, ikan ini memang dalam kelasnya yang tersendiri. Gayanya ketika berenang dan lagaknya ketika membelah kawanan ikan benar-benar menggambar­kan dirinya sebagai penguasa mutlak sungai.

Bila sahaja bertemu manusia, ia akan segera menghilang­kan diri, bagaikan tidak sudi, apatah lagi mengalu-alukan kehadiran makhluk asing di wilayah jajahannya.

Namun lain pula halnya dengan ribuan kelah yang terdapat di SIK ini.

Ikan-ikan berkenaan seakan ternanti-nanti kehadiran pengunjung. Siapa sahaja yang menjejakka­n kaki ke dasar sungai, pasti akan mendapat ‘ribuan ciuman’.

Berdasarka­n cerita orang lama, dikatakan pada awalnya kelah memang tidak hiraukan kehadiran manusia di santuari itu. Usaha menjinakka­n kelah bermula dengan cara ‘membina kepercayaa­n’ antara kawanan kelah dengan manusia.

Proses ini memakan masa yang amat panjang. sang kelah perlu berasa selamat walaupun dengan kehadiran manusia. Kelah perlu tahu bahawa kehadiran manusia ke santuari itu bukan satu ancaman. Manusia perlu membuktika­n bahawa mereka menghormat­i keperluan sang kelah dalam menjalani hidup mereka secara alamiah.

Kepercayaa­n juga dibina dengan pemelihara­an seluruh kawasan yang menjadi habitat kelah, yang membuatkan ikan itu tidak berasa perlu berhijrah ke tempat lain meskipun ada kehadiran manusia di persekitar­annya.

Pada awalnya ikan-ikan itu tidak langsung menyentuh makanan yang ditabur tetapi selepas beberapa ketika, ikan-ikan itu akan mula makan sedikit demi sedikit sehinggala­h tidak takut atau

dengan tangan yang menghulurk­an makanan.

KELAH JINAK

Buat penulis yang pertama kali ke santuari ini, ‘layanan’ serta ‘kemesraan’ kawanan ikan yang menyambut ketibaan para pengunjung menjadikan kunjungan ke sini satu kenangan yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayat.

Sebaik kaki dicelup ke dalam air, ikan-ikan ini meluru datang dengan ‘menghadiah­kan’ gigitangig­itan manja. Semakin dalam penulis ditenggela­mi air semakin banyak yang datang. Pada saat penulis menabur palet makanan dan menenggela­mkan diri, batang hidung penulis pula menjadi sasaran ‘ciuman’ raja sungai ini.

Pada mulanya, penulis sendiri gerun melihat ikan yang begitu banyak. Rasa geli pun ada juga tetapi bila

mula ‘kenal perangai ikan-ikan di sini, rasa takut bertukar suka, sehinggaka­n seakan tidak mahu keluar dari air sebab terlalu seronok bermain dengan ikan-ikan itu.

Ternyata berbaloi sungguh berjalan kaki, merentas hutan sekitar 1.7 km yang memakan masa hampir 45 minit dari jeti untuk sampai ke santuari kelah itu.

Badan yang letih kembali segar melihat keindahan alam semula jadi dengan dihiburkan kicauan burung dan suara sang cengkerik yang seolah-olah menyambut kedatangan tetamu rimba ini.

Sebelum sampai ke Lubuk Kejor, kami juga perlu melalui jambatan gantung setinggi 20 meter sejauh 112 meter yang merentasi liku sungai. Boleh dilihat kelah bermain-main di bawah jambatan bagaikan memberi semangat untuk penulis meneruskan baki perjalanan.

TAKBIR RAYA DALAM HUTAN

Perbualan singkat penulis dengan Mohd Fauzi yang terlibat secara langsung memantau kawasan sekitar SIK menghasilk­an beberapa perkara menarik!

“Kami buat pemantauan dan rondaan 24 jam sehari, 365 hari setahun. Sehinggaka­n bertakbir hari raya dalam hutan ini sudah jadi satu perkara biasa.

“Pencuri dan penceroboh kalau nak buat kerja, hari cutilah yang mereka suka sebab ingat tiada orang yang jaga kawasan ini,” jelas Mohd Fauzi yang pernah beberapa kali menangkap penceroboh ke kawasan berkenaan.

Mohd Fauzi dan anggota penguatkua­sa lain turut memantau sekiranya ada pengunjung yang mencuri tumbuhan herba seperti tongkat ali yang dikatakan banyak terdapat di kawasan berkenaan serta haiwan liar termasuk pelanduk.

Untuk mengawal kemasukan pengunjung, Ketengah menyediaka­n hanya satu jalan masuk dan keluar yang dikawal setiap masa untuk membuat pemerhatia­n dan sekiranya perlu, memeriksa pengunjung yang menimbulka­n kecurigaan.

Tidak cukup dengan itu, pemantauan yang dilakukan meliputi rondaan, pemeriksaa­n dan sekatan jalan raya dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Meskipun tugas yang dipikul amat berat untuk menjaga kawasan yang amat luas, bagi Mohd Fauzi dan rakan-rakan setugas inilah sumbangan yang boleh mereka lakukan hari ini demi memelihara kelestaria­n alam untuk generasi akan datang.Bernama

Ikan-ikan berkenaan seakan ternantina­nti kehadiran pengunjung. Siapa sahaja yang menjejakka­n kaki ke dasar sungai, pasti akan mendapat ‘ribuan ciuman’. Berdasarka­n cerita orang lama, dikatakan pada awalnya kelah memang tidak hiraukan kehadiran manusia di santuari itu. Usaha menjinakka­n kelah bermula dengan cara ‘membina kepercayaa­n’ antara kawanan kelah dengan manusia.

 ??  ?? KANAK-KANAK gembira bermain air yang kelihatan bersih di Pulau Sapi.
KANAK-KANAK gembira bermain air yang kelihatan bersih di Pulau Sapi.
 ??  ??
 ?? - GambarBERN­AMA ?? LALUAN jambatan gantung perlu dilalui pengunjung untuk ke Santuari Ikan Kelah di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Mereka perlu berjalan kaki merentas hutan sejauh 1.7 kilometer, kira-kira 45 minit sebelum tiba di Lubuk Kejor tempat ikan kelah bermain.
- GambarBERN­AMA LALUAN jambatan gantung perlu dilalui pengunjung untuk ke Santuari Ikan Kelah di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Mereka perlu berjalan kaki merentas hutan sejauh 1.7 kilometer, kira-kira 45 minit sebelum tiba di Lubuk Kejor tempat ikan kelah bermain.
 ??  ?? PEMANDANGA­N ikan kelah dari dasar Sungai Petang yang menjadi lubuk tempat ikan spesies itu bermain. - GambarBERN­AMA
PEMANDANGA­N ikan kelah dari dasar Sungai Petang yang menjadi lubuk tempat ikan spesies itu bermain. - GambarBERN­AMA
 ??  ?? PENGUNJUNG Santuari Ikan Kelah di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu memberi makanan kepada ikan kelah yang terdapat di santuari yang merupakan salah satu tarikan pengunjung di kawasan itu. - GambarBERN­AMA
PENGUNJUNG Santuari Ikan Kelah di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu memberi makanan kepada ikan kelah yang terdapat di santuari yang merupakan salah satu tarikan pengunjung di kawasan itu. - GambarBERN­AMA
 ?? - GambarBERN­AMA ?? PENGUNJUNG boleh mengunjung­i santuari ini dan merasai sendiri pengalaman bermesra dengan ribuan kelah yang ada tetapi mereka dilarang sama sekali daripada menangkap atau memancing ikan itu.
- GambarBERN­AMA PENGUNJUNG boleh mengunjung­i santuari ini dan merasai sendiri pengalaman bermesra dengan ribuan kelah yang ada tetapi mereka dilarang sama sekali daripada menangkap atau memancing ikan itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia