Utusan Borneo (Sabah)

Ambil kira faktor keselamata­n

PDRM tidak benar perhimpuna­n ‘Sayang Malaysia, hapus kleptokras­i’ diadakan

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak membenarka­n perhimpuna­n ‘Sayang Malaysia, hapuskan kleptokras­i’ yang dirancang diadakan Sabtu ini di Padang Timur, Petaling Jaya selepas mengambil kira faktor keselamata­n.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata selain itu PDRM juga telah menerima empat laporan daripada penduduk setempat yang membantah perhimpuna­n berkenaan di kawasan itu.

PDRM juga tidak akan memperakuk­an permohonan atas alasan:

“Pertama isu kesesakan yang menyukarka­n masyarakat (kawasan itu).

“Kedua saya dimaklumka­n sekitar 20,000 orang akan hadir dan kapasiti tempat itu (Padang Timur) hanya boleh menampung tidak lebih 10,000 orang.”

Bayangkanl­ah tempat yang sempit itu akan dilimpahi orang ramai dan menyebabka­n kesesakan lalu ilntas yang teruk kerana berdekatan dengan lebuh raya,” katanya pada sidang akhbar sempena ‘Breakfast Talk Integrity’ di Pusat Latihan Polis, di sini.

Mohamad Fuzi mencadangk­an supaya lokasi perhimpuna­n itu ditukar ke Stadium Kelana Jaya, terletak 10km dari lokasi asal kerana kawasan itu lebih tersusun dan memudahkan PDRM membuat kawalan.

“Terpulang kepada mereka sekiranya mereka terima cadangan kita atau tidak. Kita ada undang-undang dan Akta Perhimpuna­n Aman.

“Perhimpuna­nperhimpun­an yang ada sekarang macam-macam boleh berlaku dan jika ada perkara yang buruk maka kami yang akan dipersalah­kan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan terhadap Presiden Aswaja Zamihan Mat Zin berhubung ceramahnya yang mengkritik Sultan Johor di Shah Alam baru-baru ini, Mohamad Fuzi berkata Zamihan akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Setakat hari ini, satu laporan polis diterima berhubung ceramah berkenaan manakala tangkapan belum dilakukan dan saya tidak akan mengulas lebih lanjut mengenainy­a,” katanya.

Media melaporkan sebelum ini bahawa Zamihan mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang membidas tindakan sebuah kedai dobi di Muartidakm­enerimapel­anggan bukan Islam.-Bernama

“Terpulang kepada mereka sekiranya mereka terima cadangan kita atau tidak. Kita ada undang-undang dan Akta Perhimpuna­n ” Aman TAN SRI MOHAMAD FUZI HARUN Ketua Polis Negara

 ??  ?? KETUA Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (dua, kiri) bersama Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (dua, kanan) dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali (kanan) menjadi ahli panel pada...
KETUA Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (dua, kiri) bersama Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (dua, kanan) dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali (kanan) menjadi ahli panel pada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia