Utusan Borneo (Sabah)

Rokok elak cukai bernilai RM60,000 dirampas di Besut

-

BESUT:Polis daripada pasukan Ronda Cegah Jenayah (RCJ) IPD Besut merampas sejumlah 2,500 karton rokok yang mengelak cukai bernilai RM60,000 di Jalan Besar Kampung Tempinis dekat Kampung Raja di sini, kira-kira 4.20 pagi Rabu.

Rokok disimpan dalam 50 bungkusan besar yang ditemui dalam sebuah van kepunyaan sebuah syarikat pengangkut­an beralamat di Temerloh, Pahang itu, dirampas apabila kenderaan itu tersekat di sebuah jalan mati dalam kebun getah dekat Kampung Tempinis setelah dikejar pasukan RCJ.

Ketua Polis Daerah Besut, SuptMohdZa­mriMohdRow­i berkata sebelum kejadian, pasukan RCJ berkenaan yang sedang membuat pemantauan jenayah terserempa­k dengan sebuah van berwarna putih dalam keadaan mencurigak­an dari arah Kampung Raja menuju ke Renek.

Beliau berkata pasukan RCJ mengekori van terbabit, namun pemandu dan kelendanny­a telah memecut sebelum membelok ke sebuah semak berdekatan kebuh getah tersebut.

“Van terbabit akhirnya tersadai di sebatang jalan mati di kebun getah berkenaan dan apabila menghampir­inya, kedua pemandu dan kelendanny­a berjaya melarikan diri dan gagal dikesan”, katanya kepada pemberita di IPD Besut, Kampung Raja di sini pada Rabu.

Beliau berkata rokok dan van berkenaan kemudian ditunda ke IPD Besut untuk siasatan lanjut.

Mohd Zamri berkata siasatan awal mendapati rokok yang dipercayai mengelak daripada cukai itu dibawa masuk daripada sebuah negara jiran dan dalam perjalanan ke Pahang untuk diedarkan kepada peniaga.

Beliau berkata rokok buatan negara jiran itu akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Terengganu untuk tindakan selanjutny­a.Bernama

 ??  ?? KETUA Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi (dua, kanan) bersama pegawai kanan menunjukka­n sebahagian daripada rokok yang dirampas pasukan Ronda Cegah Jenayah (RCJ) di Kampung Tempinis kira-kira 4.20 pagi tadi. Rokok yang dipercayai diseludup...
KETUA Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi (dua, kanan) bersama pegawai kanan menunjukka­n sebahagian daripada rokok yang dirampas pasukan Ronda Cegah Jenayah (RCJ) di Kampung Tempinis kira-kira 4.20 pagi tadi. Rokok yang dipercayai diseludup...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia