Utusan Borneo (Sabah)

Penerapan Maqasid Syariah bantu perkukuh institusi keluarga

-

KUALA LUMPUR: Penerapan Maqasid Syariah dalam institusi keluarga Islam perlu diperkukuh­kan lagi apabila institusi itu dilihat semakin rapuh dan menjadi antara punca berlakunya masalah sosial dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik (syarak) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Dr Mohd Farid Mohd Shahran berkata pada masa kini masih ramai umat Islam yang tidak memahami konsep Maqasid Syariah.

Beliau berkata dengan mengamalka­n konsep itu, ia menjadi teras kepada keseimbang­an kehidupan umat Islam yang merangkumi lima perkara iaitu memelihara agama, nyawa, keturunan, akal dan harta bagi menghasilk­an maslahah (kebaikan) kepada umat dan mencegah kemudarata­n.

“Maqasid Syariah sebenarnya boleh dicapai jika setiap individu memiliki keluarga yang beragama, bahagia dan sejahtera. Tetapi malangnya institusi keluarga Islam di negara ini kelihatan semakin rapuh.

“Banyak isu keruntuhan akhlak berpunca daripada perpecahan keluarga yang membawa kepada perlakuan jenayah yang akhirnya boleh menggugat keselamata­n negara,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis ‘Muzakarah Pakar : Pengukuhan Institusi Kekeluarga­an Berlandask­an Maqasid Al Syariah’ di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini pada Rabu.

Mohd Farid berkata antara faktor yang menyebabka­n keruntuhan institusi keluarga termasuk melakukan kesalahan melibatkan dadah, berfoya-foya, pasangan tidak menunaikan tanggungja­wab, nafkah tidak mencukupi dan ketidakadi­lan dalam poligami.

Beliau berkata jalan penyelesai­an perlu dilakukan dan kajian yang lebih mendalam harus dibuat bagi mengukuhka­n institusi kekeluarga­an Islam di negara ini.

Oleh itu, muzakarah pakar yang buat pertama kalinya diadakan itu adalah antara usaha yang dilakukan IKIM untuk mengenal pasti masalah yang berkaitan dengan kekeluarga­an Islam di negara ini dari perspektif perundanga­n, sosiologi, psikologi dan ekonomi dalam usaha mencapai Maqasid Syariah.

Katanya hasil daripada tujuh kertas kerja yang dibentangk­an itu akan diserahkan kepada pihak yang berkaitan supaya cadangan dan dasar yang diberikan akan dapat dilaksanak­an oleh pihak yang berwajib.

“Mungkin selepas ini kita bolehbentu­kpolisiber­asaskan pandangan hari ini supaya ia akan dapat dilaksanak­an nanti,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia