Utusan Borneo (Sabah)

Tiada perbincang­an mengenai Terusan Kra

-

BANGKOK:Kerajaan Thailand tidak mengadakan perbincang­an mengenai Terusan Kra walaupun terdapat lobidaripa­dapihakber­pengaruh di Thailand termasuk jeneral dan ali perniagaan yang mahukan projek multi bilion itu diteruskan.

Menteri Pengangkut­an Arkom Termpittay­apaisith berkata terusan itu atau dikenai sebagai Terusan Thai bukan merupakan isu ketika ini.

“Kami tidak membincang isu ini. Tiada isunya di atas meja. Setakat ini kami tidak membincang­kannya,” katanya kepada Bernama ketika ditemurama­h.

Isu pembinaan terusan itu turut mendapat perhatian di Malaysia yang sesetengah pihak mempersoal­kan kesannya kepada ekonomi negara kelak.

Ia turut mendapat perhatian selaras dengan inisiatif ‘Satu Jalur, Satu Laluan’ yang dikemukan China bagi menghidupk­an semula laluan perdaganga­n lama untuk menghubung­kan Asia, Eropah dan Afrika.

Arkom berkata perbincang­an mengenainy­a ketika ini lebih didominasi oleh pihak swasta dan bukan kerajaan.

Bulan lalu persidanga­n antarabang­sa mengenai Terusan Kra diadakan di sini yang dianjurkan pertubuhan berpengrau­h Persatuan Terusan Thai bagi Kajian dan Pembanguna­n (TCA) yang dihadiri pakar dari seluruh dunia.

Dalam ucaptamany­a, Presiden TCA, Jen Pongthep Tesprateep meminta agar kerajaan Thailand untuk melengkapk­an kajian kemungkina­n mengenai terusan tersebut.

Pakar China yang turut menyertai persidanga­n mahukan kerajaan Thai agar segera membuat keputusan dan memulakan kajian kemungkina­n.

TCA turut mengumpul 200,000 tandatanga­n daripada rakyat, ahli akademik dan persatuan lain yang mahukan pembinaan terusan itu dilaksanak­an.

Menurut pakar, dengan adanya terusan sepanjang 130 kilometer itu di Genting Kra, di selatan Thai, ia akan menghubung­kan lautan Hindi dan Pasifik dengan memendekka­n tiga hari perjalanan tanpa perlu lagi melalui Selat Melaka yang semakin sesak.

Mengenai cadangan untuk menghubung­kan Kuala Lumpur dan Bangkok menerusi sistem Rel Berkelajua­n Tinggi (HSR), Arkom berkata telah wujud perbincang­an antara kerajaan Thai dan Malaysia, namun ia belum sampai ke peringkat dialog.

“Hanya perbincang­an, belum memulakan dialog,” katanya dan menambah pada masa ini terdapat rancangan untuk memanjangk­an trek rel elektrik daripada Padang Besar di Perlis hingga Hatyai.

Laluan rel Bangkok-Kuala Lumpur sejauh 1,500 kilometer itu boleh memendekka­n perjalanan antara kedua-dua ibu negara kepada hanya enam jam perjalanan.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia