Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa dera pernah mengadu beberapa kali dipukul bapa tiri

-

KUANTAN: Kanak-kanak yang ditemui diikat dan dirantai pada tong gas Khamis lalu pernah beberapa kali menghubung­i bapa kandungnya untuk mengadu dia dipukul bapa tirinya.

Bapa kandung mangsa yang berusia 36 yang enggan dikenali berkata sebaik dimaklumka­n tentang perkara itu oleh anaknya yang berusia 10 tahun itu, dia menghubung­i bekas isterinya bagi mendapat kepastian tentang perkara berkenaan.

“Apabila saya tanya dia (bekas isteri), katanya biasalah sebab anak saya nakal sangat,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di sini pada Rabu.

Dia yang bekerja sebagai penyelia sebuah pusat mencuci kenderaan di Melaka Tengah berkata sebelum ini anak sulungnya yang berusia 16 tahun dan anak ketiganya yang berusia10 tahun itu dijaga olehnya.

Namun bekas isterinya telah mengambil dua anaknya itu tanpa pengetahua­nnya ketika mereka ditempatka­n di asrama sebuah sekolah tahfiz di Melaka tiga tahun lalu, katanya.

Bapa berkenaan melahirkan rasa syukur dan gembira kerana Mahkamah Khas Kanak-kanak telah memberikan hak penjagaan sementara ke atas anak ketiganya itu.

Dia berharap akan mendapat hak penjagaan tetap bagi membolehka­nnya menjaga anaknya serta dua lagi anaknya yang berusia 13 dan 16 tahun.

“Mereka ada nyatakan nak duduk bersama dan saya tiada masalah untuk menjaga, semuanya terpulang kepada mereka.

“Hari ini saya akan bawa balik anak ketiga saya terlebih dahulu ke Melaka, manakala abangnya akan menyusul selepas ini sebaik selesai peperiksaa­nnya,” katanya yang turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwina­n dengan isteri sekarang.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia