Utusan Borneo (Sabah)

Jangan abaikan pendidikan agama: Nizam

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Ibu bapa dan generasi muda di daerah ini diingatkan supaya tidak mengabaika­n pembelajar­an al-Quran kepada anak-anak mereka.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan bimbang jika perkara itu diabaikan, generasi muda akan datang tidak boleh membaca al-Quran.

“Anak-anak perlu digalakkan supaya belajar alQuran...ditanamkan di dalam diri sebagai panduan hidup,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Belia dan Sukan merangkap Adun Apas Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat DUN Apas di Dewan Serbaguna Kg Batu Payung.

Menurut beliau, pembelajar­an al-Quran adalah wajar dimulakan di rumah oleh ibu bapa serta dijadikan budaya dalam kalangan masyarakat Islam.

Sementara itu, Nizam berkata penganjura­n Majlis Tilawah Al-Quran bertujuan mewujudkan kesedaran kepada

menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang.

umat Islam betapa pentingnya mempelajar­i al-Quran.

“Ia bukan sekadar mencari wakil qari dan qariah untuk pertanding­an tetapi mengajak umat Islam menghayati dan seterusnya menjadikan alQuran sebagai panduan hidup,’’ katanya.

Jelas beliau, generasi muda yang tidak dibekalkan dengan ilmu agama yang sempurna dikhuatiri mudah terlibat dengan masalah sosial terutama gejala penagihan dadah.

“Kita mahu anak-anak menjadi orang yang berguna pada masa hadapan dan menjadi pelapis kepimpinan negara,’’ katanya.

 ??  ?? NIZAM
NIZAM
 ??  ?? NIZAM menerima cenderahat­i selepas merasmikan program itu.
NIZAM menerima cenderahat­i selepas merasmikan program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia