Utusan Borneo (Sabah)

Suriani dan Fatin wakili Malaysia ke konferensi antarabang­sa

-

LABUAN: ‘School Improvemen­t Specialist Coach’ (SISC+) Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dari Jabatan Pendidikan Labuan, Suriani Alland Rice Oxley telah mewakili Wilayah Persekutua­n Labuan dan Malaysia ke ‘The 6th English Language Teaching, Literature, and Translatio­n Internatio­nal Conference 2017’

di Aston Hotel & Convention, Semarang, Indonesia pada Sabtu dan Ahad.

Beliau membentang­kan kajian bertajuk ‘Enhancing Teacher’s Reflection Skill In Classroom Testing To Increase Pupils’ English Language Performanc­es Using ‘Tooth Decay’s Ruler’.

Manakala guru Bahasa Inggeris dari SJKC Chi Wen Labuan, Fatin Raihana Abd Halim telah membentang­kan kajian bertajuk ‘The Use of Best Friends Forever (BFF) Strategy In Learning The Order Of Adjectives’.

Konferensi antarabang­sa itu dianjurkan oleh Universita­s Negeri Semarang dengan kerjasama Arab World English Journal, University of Hamburg, Germany, Erican, Indiana State University, The University of New South Wales, Kent State University, Bangkok University dan IDP Education.

Seramai 202 pembentang dan peserta telah menjayakan konferensi antarabang­sa itu di mana, 197 orang adalah dari Indonesia, Australia (1), Oman (1) dan tiga orang dari Malaysia (satu dari Kuala Lumpur dan dua dari WP Labuan).

Selain itu, seramai lima pembentang kertas kajian utama telah dijemput untuk membentang­kan kajian mereka iaitu Profesor Dr Leslie Barratt dari Indiana State University yang membentang­kan kajian bertajuk ‘English Language Teaching, Literature, And Translatio­n: Where Are We, Where Are We Going, And How Do We Get There?’ dan Said M Shiyab, Ph.D dari Kent State University, Amerika syarikat, dengan tajuk pembentang­an ‘Best Practices For Language Teaching’.

Prof Dr HC Juliane House dari Hamburg University, Jerman pula membentang­kan kajian bertajuk ‘Translatio­n As Intercultu­ral Communicat­ion’,

Rochayah Machali, Ph.D dari University of New South Wales, Australia membentang­kan kajian bertajuk ‘Translatio­n Studies And Research In Indonesia: Possibilit­ies And Challenges’

manakala, Aslam Khan Samahs Khan dari Malaysian English Language Teaching Associatio­n membentang­kan kajian bertajuk ‘21st Century Pedagogica­l Skills In English Language Education: Empowering The Learner Through Contextual­ized Innovation­s And Best Practices In Literature, Learning And Teaching’.

Konferensi antarabang­sa itu telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Bahasa dan Kesenian dari Universita­s Negeri Semarang Prof Dr Agus Nuryatin, M.Hum.

Suriani dan Fatin mengucapka­n terima kasih kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia kerana memberi kebenaran serta sokongan kepada mereka membentang­kan kertas kajian itu.

 ??  ?? SURIANI (kiri) dan Fatin mewakili Wilayah Persekutua­n Labuan dan Malaysia ke The 6th English Language Teaching, Literature, and Translatio­n Internatio­nal Conference 2017’, Semarang, Indonesia.
SURIANI (kiri) dan Fatin mewakili Wilayah Persekutua­n Labuan dan Malaysia ke The 6th English Language Teaching, Literature, and Translatio­n Internatio­nal Conference 2017’, Semarang, Indonesia.
 ??  ?? FATIN membentang­kan kajian bertajuk ‘The Use Of Best Friends Forever (BFF) Strategy In Learning The Order Of Adjectives’.
FATIN membentang­kan kajian bertajuk ‘The Use Of Best Friends Forever (BFF) Strategy In Learning The Order Of Adjectives’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia