Utusan Borneo (Sabah)

Kemudahan, harta penduduk rosak

Berikutan kejadian banjir kilat pada Selasa

- Oleh JOHAN AZIZ tebing yang berlaku berhampira­n rumah Alimon di Kampung Samalang.

KENINGAU: Banjir kilat yang melanda beberapa batang sungai di daerah ini pada Selasa telah mengakibat­kan kerosakan beberapa kemudahan awam dan harta penduduk di sini.

Beberapa penduduk yang tinggal di kawasan berhampira­n tebing Sungai Liawan turut mengalami kerugian dan kerosakan harta benda kesan daripada banjir kilat itu.

Seorang penduduk Kampung Samalang, Aliron Nulantan turut mengalami kerugian apabila sebahagian bangunanre­storanyang­dibina berhampira­n tebing Sungai Liawan telah dihanyutka­n air berikutan hakisan tanah.

Sementara adiknya yang juga Ketua Kampung Samalang Alimon Nulantan turut mengalami nasib yang sama di mana tebing di hadapan rumahnya turut terhakis.

Alimon juga mengalami kerugian di mana kolam ikan dan pokok buah-buahannya telah dilanda banjir kilat Sungai Liawan dan berlaku hakisan tebing.

Setakat ini, taksiran kerugian daripada mereka yang terlibat belum diterima lagi oleh pihak Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan.

Pegawai dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah ini yang melawat ke tempat kejadian itu membuat rumusan agar tebing sungai di hadapan rumah Alimon dibina gabion dan pengorekan sungai. Bagaimanap­un, ia hanya dapat dilakukan sebaik

HAKISAN

sahaja peruntukan ada (Bajet 2018).

Sementara itu, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil yang dihubungi pada Rabu memberitah­u beberapa kerosakan harta benda individu dan awam turut berlaku akibat banjir kilat di Sungai Liawan.

“Ini termasukla­h kerosakan yang dialami oleh Aliron dan Alimon, kerosakan empangan air Kampung Linsosod, jambatan gantung yang menjadi laluan kanakkanak sekolah dihanyutka­n banjir dan beberapa tiang elektrik yang condong.

“Selain itu, berlaku kerosakan tebing sepanjang sungai itu dan kita telah memohon bantuan daripada JPS,” katanya.

Katanya, kerosakan jambatan gantung akan disalurkan kepada Pejabat Daerah untuk mendapatka­n bantuan sementara tiangtiang elektrik yang condong akan diambil tindakan oleh Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB).

Sahanip berkata setakat ini belum ada laporan diterima dari kampung-kampung di kawasan Liawan yang mengalami kerosakan harta benda termasuk hasil pertanian berikutan banjir kilat di Sungai Liawan dan Pampang.

Beliau juga meminta agar para pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung(JKKK)dikawasan Liawan yang kampung mereka terlibat dalam banjir kilat agar dapat menghantar laporan untuk dikemukaka­n kepada jabatan kerajaan berkenaan.

“Beberapa kerosakan harta benda individu dan awam turut berlaku akibat banjir kilat di Sungai Liawan. Ini termasukla­h kerosakan yang dialami oleh Aliron dan Alimon, kerosakan empangan air Kampung Linsosod, jambatan gantung yang menjadi laluan kanak-kanak sekolah dihanyutka­n banjir dan beberapa tiang elektrik ” yang condong.

 ??  ?? JAMBATAN banjir. gantung yang menjadi laluan kanak-kanak sekolah telah dihanyutka­n
JAMBATAN banjir. gantung yang menjadi laluan kanak-kanak sekolah telah dihanyutka­n
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SAHANIP JAMIL
Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan
SAHANIP JAMIL Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan
 ??  ?? KEROSAKAN empangan air di Kampung Linsosod akibat banjir kilat.
KEROSAKAN empangan air di Kampung Linsosod akibat banjir kilat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia